Mereka Membuat Laporan Polis di Balai Polis Pendang |
Ketua gerakan Syiah di Kedah terutamanya berpusat di daerah Pendang dikatakan menerima ugutan. Lalu satu laporan polis telah dilakukan olehnya di Balai Polis Pendang kira-kira pukul 10.30 pagi hari Selasa. Dia mendakwa sebuah akaun Facebook iaitu Gerakan Anti Syiah Malaysia telah menggunakan gambarnya untuk dipaparkan dalam laman sosial tersebut. Ini bertujuan untuk menakut-nakut dia sebagai penanung gerakan Syiah Imammiah di Pendang.
Kenyataan yang dipaparkan didalam utusan online adalah seperti berikut;
Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan hari ini membuat laporan polis
kerana mendakwa menerima komen berunsur ugutan dan ancaman bunuh
terhadapnya yang dipaparkan menerusi akaun laman sosial Facebook.
Dia yang ditemani beberapa pengikut fahaman itu membuat laporan
berkenaan di Balai Polis Pendang di sini kira-kira pukul 10.30 pagi.
Abdullah mendakwa, pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Muhd.
Amirur Roshid' telah berkongsi
gambar dan maklumat dalam Facebook
'Gerakan Anti Syiah Malaysia' mengenai dirinya.
Katanya, beberapa komen yang dikongsi didapati berunsur ugutan dan
ancaman bunuh terhadapnya di samping berbentuk fitnah antaranya dengan
membayangkan seoalah-olah penganut Mazhab Syiah Imammiah di mana sahaja
adalah pengganas.
''Saya meminta polis menyiasat segera perkara ini kerana bimbang
mengenai keselamatan diri dan pusat aktiviti kami di Kampung Alor
Berala, Pendang,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat
laporan polis berkenaan.
Sementara itu, Abdullah yang mendakwa terdapat kira-kira 3,000
pengikut fahaman Syiah Imammiah di seluruh negeri ini, menerima dengan
terbuka keputusan Kerajaan Kedah untuk mewartakan sekatan penyebaran
Syiah dalam usaha membendung penularan ajarannya.
Golongan Apakah Ini? |
Penulis tidak hairan pun dengan kewujudan gerakan anti Syiah di negara Malaysia kerana, paparan demi paparan golongan Syiah di negara bergolak sangat menjijikan. Atas dasar apa mereka dengan mudahnya mengambil darah kanak-kanak daripada golongan sunnah. Tidak kira apa fahaman, yang penting Islam itu indah.
0 Comments:
Post a Comment