Wednesday, 31 July 2013

Anak Perempuan Dicekup Bersama Guru Lelaki


Siapa Yang Ingin Membawa Saya Pulang?
Kebiasaanya guru dipanggil ke rumah jika adanya tuisyen atau bimbingan secara peribadi. Namunlain pula ceritanya di London apabila seorang ibu mengesyaki sesuatu terhadap anak perempuanya yang berusia 16 tahun telah membawa pulang guru ke rumah. Orang biasanya membawa buku dan ilmu. Tetapi pelajar ini telah membawa pulang gurunya ke rumah. lagi dapat banyak ilmu. 

Kenyataan akhbar mengenai cerita ini;

London: Deria rasa seorang ibu mendorong seorang wanita cuba memerangkap dan mengejutkan anak perempuannya yang disyaki bercengkerama dengan pasangan lelaki.
Namun, perangkap itu wanita terbabit lebih terkejut apabila mendapati anak perempuannya membawa masuk seorang guru lelaki.

Media semalam melaporkan wanita terbabit keluar rumah seperti biasa, tetapi pulang jauh lebih awal untuk memerangkap anaknya. Sebaik tiba di rumah, wanita terbabit mencari pelajar lelaki yang disyaki menjadi pasangan anaknya yang baru berusia 16 tahun.
Selepas mencari di merata tempat, wanita itu akhirnya menemui seorang guru matematik bersembunyi di bawah katil remaja terbabit.

Kejadian berlaku pada hari terakhir penggal persekolahan.

Wanita itu kemudian menghubungi polis dan guru lelaki berusia 35 tahun berkenaan ditahan untuk siasatan di Bolton.
Sumber berkata, remaja perempuan dan guru matematik itu pulang ke rumah kerana menyangka tiada sesiapa di kediaman itu.

“Tetapi, ibunya pulang lebih awal daripada dijangka dan mengejutkan mereka.

“Dia masuk ke bilik anak perempuannya dan menemui guru berkenaan bersembunyi di bawah katil. Ia cukup mengejutkannya,” katanya.

Sementara itu, guru besar sekolah berkenaan enggan menyatakan sama ada guru terbabit digantung perkhidmatan atau sebaliknya.

Bagaimanapun dia mengesahkan guru terbabit dinilai sebagai “luar biasa” dalam tugasannya di sekola. Pegawai di sekolah itu berkata, sekolah berkenaan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan dilakukan.

Siasatan dilakukan kurang dari sebulan selepas guru matematik Jeremy Forrest, 31, dipenjarakan kerana melarikan diri ke Perancis bersama seorang pelajar berusia 15 tahun. 
Guru Lelaki Jadi sasaran
  Sudah jadi trend di luar negara membawa lari pelajar yang dalam lingkungan usia 15 hingga 18 tahun. Macam cerita hindustan pula bilamana cinta tak direstui. Apakah akan berlaku di Malaysia. Minta simpang.....

Sumber; Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online