Monday, 29 July 2013

Cif Inspektor Dipenjara 14 Tahun Lakukan Seks Luar Tabii


Apabila Nafsu Menguasai Diri ( Gambar Hiasan )
Seorang anggota polis berpangkat Cif Inspektor telah dijatuhi hukuman penjara 14 tahu kerana melakkan seks luar tabie atau luar kebiasaan. Makanya, undang-undang dan dosa tidak mengenali siapa kita. Jika kita orang yang mengakkan undang-undang sekali pun, jika disabitkan kesalahan , inilah padahnya.

Sedikit berita yang dipetik daripada Utusan Online.

Seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan iaitu melakukan seks luar tabii ke atas seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dengan menyuruh mangsa melakukan oral seks dan mencabul kehormatan mangsa di dalam kereta peronda polis, empat tahun lalu.Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh, Ishak Mahmud, 49, didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

“Saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dengan itu, tertuduh didapati bersalah untuk kedua-dua pertuduhan," kata Azman.
Bagi pertuduhan pertama, Ishak didakwa melakukan seks luar tabii dengan menyuruh remaja perempuan berusia 15 tahun 4 bulan itu melakukan seks oral tanpa kerelaannya di dalam kereta peronda polis jenis Proton Perdana di kawasan Kampung Air Terjun Bentagor, Pasir Puteh pada pukul 2 pagi, 2 Oktober 2009. Baca lagi.....

Justeru , iman di dada adalah pendiding yang paling mujarab dalam menangkis serangan nafsu yang menggila. Persoalanya? Boleh kah ....?

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online