Inilah berita yang penulis tunggu sebenarnya. Kejadian ini berlaku betul-betul di hadapan mata penulis. Jika pembaca melihat gambar dalam akhbar Sinar ini adalah di belakang padang berhampiran SMK Kulim. Kejadian berlaku pada pukul 4.30 petang. Ketika kejadian penulis bertugas sebagai mengagihkan minuman kepada pegawai kejohanan. Pada ketika kejadian berlaku, juruacara sukan meminta semua peserta dan pegawai berlindung di dewan sekolah kerana hujan semakin lebat. Tidak sampai lima minit selepas itu, ribut kuat melanda di bahagian hadapan sehingga khemah yang menempatkan pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia runtuh. Ketika itu, penulis bersama rakan betul-betul berada di hadapan khemah tersebut iaitu dalam kantin sekolah. Penulis menjerit agar semua anggota PBSM menyelamatkan diri. Namun mereka masih lagi ingin menopang khemah yang dah runtuh. Mungkin hendak selamatkan rakan mereka yang masih berada dalam khemah tersebut. Dahan pokok patah hampir menimpa anggota tersebut. Terdapat kecederaan kecil kepada mereka dan mereka penulis lihat sangat trauma. Alhamdulillah, rakan saya melaungkan azan sehinggalah ribut semakin reda. Apa yang saya dan rakan saya lihat memang betul-betul dihadapan mata. Kejadian di belakang tidaklah steruk yang menimpa anggota PBSM. Jika anggota PBSM lambat sedikit keluar dari khemah mereka, penulis percaya , sudah tentu ada yang cedera teruk ditimpa dahan pokok yang besar. Tapi sayang...penulis tidak membawa kamera untuk merakamkan kejadian tersebut. Tapi penulis akan minta kepada rakan penulis yang sempat merakam khemah yang runtuh tersebut. Terus terang...penulis juga rasa trauma melihat kejadian ribut yang hampir meragut nyawa manusia. Baca lagi...
Saturday, 24 March 2012
RIBUT LANDA KULIM, 3 PESERTA SUKAN BALAPAN CEDERA

Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 23:20
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment