Baucar buku yang dijanjikan oleh kerajaan kepada semua Pelajar Pusat Pengajian Tinggi dan Pra U boleh digunakan sehingga 31 Mac 2012. Kira-kira 1.6 juta akan menerima kemudahan itu sebagai membuktikan kerajaan prihatin terhadap rakyatnya. Namun demikian, apa yang terjadi sangat mendukacitakan. Terdapat pelajar yang menjual baucar tersebut kepada orang lain. Hal ini terjadi mungkin disebabkan pelajar lebih berminat menggunakan wang tersebut kepada benda-benda yang mendatangkan hedonisme. Terdapat sebuah laman web yang dijadikan iklan oleh pelajar untuk menjual baucar mereka. Jika ini berlaku , amat malang kepada pelajar tersebut kerana tidak menghargai baucar itu sepenuhnya. Jika diamati, setiap buku yang dijual pada peringkat universiti, sangat mahal dan kita perlu keluarkan perbelanjaan yang mahal untuk membeli buku rujukan.
Penulis pernah belajar dan membeli buku rujukan sendiri daripada meminjam dari Perpustakaan universiti. Bukan tidak berminat ke perpustakaan. Jika buku yang dicari sentiasa menjadi pilihan semua pelajar , bagaimana kita hendak meminjam beberapa buah buku yang diperlukan oleh beribu pelajar lain. Nah! jika kita diberikan baucar untuk membeli buku..beli sahaja buku tersebut. Kita akan lebih menghargai buku itu dan akan lebih bersemangat belajar kerana buku yang dibeli dapat diulit sehingga kita faham. Jika penulis diberi baucar tersebut , penulis akan membeli buku yang menjadi idaman penulis selama ini. Buku ilmiah yang sangat mahal sememangnya tidak mampu kita beli. Jika mampu sekalipun, kita akan berfikir dua tiga kali kerana masih terdapat benda lain yang perlu kita lakukan dengan duit yang akan kita gunakan. Sayang...pelajar hari ini cetek ilmu , cetek fikiran , cetek kematangan walaupun mereka boleh diaktakan serba serbi mendapat kemudahan. Benarlah sepeti kata orang semakin mudah mendapat ilmu , semakin mudah lupa diri. Hanya pandangan dan pendapat penulis sahaja.

4 Comments:
Pelajar zaman ni mmg bertuah!Banyak kemudahan yang diorang dpt, tp pd mereka yang tak tahu menggunakan sebaik-baiknya, mmg rugi!
YayaNs Mum
Kita dulu pun mugkin ada tuahnya...tapi kita kena guna tuah itu sebaik mungkin...setuju!!!!
Dulu nk blajar....susah...duit berjimat...sekarang mrk senang dpt pinjaman n dpt itu ini....tp tk pandai hargai n gunakan. Ini ke pemimpin di masa dpn?
Jumir
Pandang sekarang apabila nak melihat pemimpin masa depan...setuju dengan anda....sangat merisaukan melihat pelajar IPTA/S zaman sekarang....????
Post a Comment