Monday, 30 January 2012

AWAN NANO DAN AWAN MENDUNG

Semalam penulis melihat AJL ke 26...sehingga habis. Tahniah diucapkan kepada Hafiz yang pada pandangan penulis sangat simple. Apabila mendengar lagu ini, penulis tetap meletakkan awan nano akan menjadi juara. Bukan kerana melodinya yang bagus, tetapi liriknya sangat puitis. Memang saya menggemari lagu ini. Tambahan pula , nyayian Hafiz seperti mendengar di dalam radio. Sungguh...penulis meletakkan Hafiz sebagai pemenang bagi anugerah vokal terbaik sebaik sajaha mendengar beliau menyanyi. Banyak oragng berkata bajet ciput , menang besar berbanding dengan artis lain yang pada hemat penulis memperuntukkan bajet yang besar untuk pertandingan ini. Hanya dengan menggunakan seluar trek dan T-shirt , Hafiz mampu mengalahkan artis-artis lain. Tetapi bagi penulis bukan kerana pakaian yang dipakai, tetapi kualiti lagu tersebut memang layak diangakat sebagai juara. Mungkin ada suara berbunyi selepas kemenangan ini? tidak mungkin akan berlaku.....
Kepada pembaca semua , penulis merupakan seorang peminat puisi dan sajak ...justeru lagu-lagu yang puitis kata-kata pasti menambat hati bagi penulis dan rakan-rakan penulis yang lain. Tahniah Awan Nano dan jangan jadi awan mendung.....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online