Melihat tajuk entri saya pada kali ini berkaitan dengan awal. Sudah tentu pembukaan tahun 2012 kita semua ingin melakukan sesuatu perkara dengan cepat dan teratur. Semangat tahun baru biasanya meresapi diri. Awal tahun ini sama seperti tahun 2011, apabila waktu pagi terlalu panjang untuk kembali cerah. Justeru, waktu perjalanan ke tempat kerja terasa seperti awal kerana pukul 7.30 pagi , keadaan masih lagi gelap. Begitu juga dengan kerja-kerja seharian. Terasa masih awal bagi bulan Januari bagi melihat perkembangan pelajar.
Dalam hal ehwal semasa , saya melihat perkembangan SBPA yang tergesa-gesa saya dan rakan-rakan lain tanda tangan sebagai terlalu awal. Justeru semakan semula adalah langkah terbaik untuk mengelakkan kakitangan awam terus merungut. Seperti kata pepatah, rumah siap pahat masih berbunyi. Justeru , langkah awal ini hanyalah sebagai permulaan untuk langkah panjang yang seterusnya.
Thursday, 12 January 2012
Awal
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 10:39
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment