Entri kali ini nak bercerita mengenai pengalaman bercuti ke Pulau Langkawi. Kepada pembaca sekalian , mungkin pernah ke pulau ini atau sememangnya orang Langkawi. Jadikan entri ni sebgai panduan atau pengajaran kepada kita. Saya berkira-kira hendak bercuti awal tahun atau hujung tahun. Lalu ada sedikit rezeki kurniaan Allah , maka saya memilih cuti awal semester pertama persekolahan ini sebagai cuti -cuti Malaysia. Seminggu sebelum ke Pulau Langkawi , saya telah menelefon ejen pelancongan di Pulau Langkawi. Katanya , telah menempah motel kepada saya di Pantai Cenang. Lalu dia meminta saya memasukkan duit tempahan sebanyak RM260 sebagai tempahan tempat tidur selama 2 hari. Saya ikut cakap ejen tersebut kerana ejen pelancongan tersebut kerjanya macam saya juga. Cuma dia berada di Pulau pelancongan , makanya dia membuat bisnens ini. Seterusnya saya menelefon pihak Feri Line Ventures untuk mendapatkan tiket feri ke pulau. Tiket untuk dewasa berharga RM23.00 dan kanak-kanak 3 hingga 12 tahun RM17.00. Saya tempah melalui telefon , tetapi sakit hati apabila sampai di jeti, saya memaklumkan kepada petugas kaunter yang saya telah menempah tiket. Petugas kaunter mengatakan tidak ada nama saya dan no telefon saya. Dalam hati , memang saya mengeluarkan perkataan yang tak sedap didengar. Terbakar hati saya ketika itu. Namun , petugas kaunter mengatakan saya boleh terus dapatlan tiket tanpa beratur panjang. Dapatlah saya tiket tanpa beratur. Cuma, bagi saya sikap pekerja Feri Line Ventures sangat teruk dan menyusahkan orang. tambah-tambah di Pulau Langkawi , cukup ego dan sombong apabila saya menelefon mengatakan saya ingin menempah tiket untuk balik keesokkan harinya. Petugas kata , mereka tidak menjual tiket melalui telefon. Jika macam tu , tak perlu buat laman web dan tulis besar-besar kat laman web tu , tiket tak boleh ditempah. habis cerita.
Apabila saya sampai di jeti Kuala Kedah , tempat parkir kereta sudah penuh. Datanglah mamat dua tiga orang pemakir haram menyuruh saya mengikut mereka parkir di belakang bangunan MARA. Dalam hati ..terfikir juga , selamat atau tidak parkir kereta di situ. Budak-budak yang mengaku dua tiga kali dah masuk lokap itu mengatakan mereka akan jaga kereta lalu saya dalam keadaan terdesak bersetuju. Apa yang membuatkan hati terbakar lagi , adalah kerana caj yang mereka kenakan tak masuk akal. Satu hari RM25.00 dan dikira mulai saya parkir kereta. Gila ka apa dalam hati saya berkata kat budak-budak ni. Saya bersetuju dengan mereka , cuma mereka kurangkan RM5 kerana saya mengatakan saya asal orang Teluk Kecai , Kuala Kedah. Pembaca sekalian perlu faham....mereka kata waktu cuti caj naik...tapi sebenarnya mereka tak jaga pun kereta kita. Ruang Parkir Mara mereka gunakan untuk kutip duit orang terdesak macam saya. Terbang RM60.00. Kalau tahu mahu sahaja minta tolong orang hantarkan. Bukan juah pun SP ke Kuala Kedah ja.
Jeti orang pergi hopping ke Pulau...dekat dengan TM Resort
Masuk ke dalam feri , aduh....dah la sempit..barang yang nak dibawa pergi saja pun dah banyak. Cuba bayangkan orang yang pergi Langkawi bawa balik cukup banyak barang. Nasib badanlah , kiranya anda mendapat feri yang selesa atau tidak. Waktu balik dari Pulau saya dapat Feri yang besar dan selesa. Tapi ...beg-beg kita dicampak sahaja oleh krew kapal. Dalam hati memang kena maki krew kapal ni. Sediakan bakul lah kiranya sebab yang balik memang bawa barang cukup banyak. Saya dah agak , justeru tak banyak barang yang dibeli.
Tiba di Pulau , ejen pelancongan datang ambik ke pejabat urusan di Jeti Pelancongan. Saya tidak mahu menyebut nama ejen Pelancongan tersebut.Pembaca boleh cari sendiri di Jeti Pelancongan. Cuba bayangkan , apabila sampai di pejabat mereka , kita terpaksa menunggu kereta sewa sampai. Hati saya sekali lagi terbakar ...sewa kereta RM70.00 sehari. Saya minta kereta Wira auto , atau Kancil kerana kami lima beranak sahaja. Pekerja ejen pelancongan itu memberi kereta Wira yang sangat buruk...buruk gila lah kalau tengok kat tanah besar. Dah la gear kereta rosak , saya angkat barang masuk dan cuba untuk membawanya. Tak boleh jadi....saya keluar dari kereta lalu saya berkata yang saya tak mahu kereta ini , kalau jadi apa-apa kepada keluarga saya , nanti bukan mereka yang nak tanggung. Hati saya tambah terbakar apabila jokie kereta minta saya RM10 kerana dia dah isi minyak. Sekali lagi saya kata dalam hati perkataan yang memang tak sedap didengar. Siapa yang suruh isi minyak, lepas tu minta kat saya duit pula. Saya minta tukar kereta lain, akhirnya mereka beri saya kereta Gen2 yang saya anggap kereta paling buruk syarikat pelancongan tersebut. Bayangkan , orang lain naik kereta sewa yang dibasuh cantik walaupun kereta Iswara dan sewaktu denganya. Kita dapat kereta dah la macam ******* tak berbasuh pula tu. Apabila tanya kepada pekerja syarikat , dia mengatakan tak dan basuh. Ada ka macam tu , tambahnya lagi kereta sewa bang biasalah macam tu. Dalam hati saya berkata, jika kereta itu elok, kita akan menjaganya dengan elok. Alih-alih dapat kereta tak elok siapa yang nak jaga. Justeru kepada pembaca sekalian , jika nak ke Pulau Langkawi , carilah ejen pelancongan yang berkualiti..bukan tangkap muat sahaja macam ejen yang saya dapat. Nanti ada sambungan mengenai Pengalaman atau Pengajaran . Costing yang tidak dijangka berlaku..lari bajet...lepas ni melancong kat Tanah Besar lagi syok....tunggu cerita dari Pulau selepas ini.
Naik kabel Kar kat Gunung Macincang...betui ka ejaannya
5 Comments:
teruknya kena mcm tu..akak pi langkawi best jer..wpun masa tu hujan lebat tak henti2..parking van utk dua hari rm 30..pastu jgn sewa kereta kat sebelah sini..tapi sewa kat pulau..kalau kena pujuk..cakap jer dah sewa dgn org lain.pastu..(lain kalilah kalau nak pi lagi..)buat mcm akak..akak sewa van yg duk kat jetty tu..8 jam utk rm200..siap dgn driver sekali..mai ambik kat apartmen..bwk ronda2..pastu hantar balik..Masa balik..mmg penuh brg..akak pun tak beli brg sbb tak berminat..buang duit jer..Brg mmg pakai campak2 jer..nak jadi cerita hebat...satu seat utk dua tiket..nasib baik tak gaduh...tapi mmg panas hati ler...heee..
Kpah K-poh
Saya jadikan ini sebagai pengajaran dan pengalaman. Biasa pergi kursus..bawa diri sendiri..tak ada masalah. Bersama keluarga jadi lagu ni. Tak pa, Langkawi memang best..tapi costing la...lepas ni tak tahu bila pula nak pi
kalau ikutkan mmg nak pegi lagi..sbb anak2 dah besar2..tapi belanja mmg besar ler...
Hello I'm Mary I would like to thank you for this wonderful and useful templates. ,and i really interested in this field "Make Money Online"
Saya pula terkena degan seoran nama SOBRI.. 0124455406 & ayahnya pula 0174531140. bg RIO AUTO minta terus RM160 utk 2 hari. ok la... minyak E! malam tu terus isi minyak penuh RM89.20 check in. Pg esk nak grk kete x blh start. dh dkt sejam br bg kereta ganti WIRA MANUAL!! janji dh siap repair nak call. sms tnya keadaan dkt kul 5 br bgtau kete dh siap... sy x amik & sy nk trs swa WIRA MANUAL tu je.. So minta refund duit minyak dalam RIO tu...dh bertalu sms br nk jwb yg bestnya byr RM50 je!!!!!! atas alasan duit dh byk abis sebab repair fuel pump RM700. bila jumpe berdepan pun sy ulang lagi... masih bt mka selamba... call pula bapa dia... boleh plak bapa dia ckp kita sesama Islam x pyh la nk gaduh2 anak saya ramai kawan!!! WTH!!!! RIO biru no KV 4667 C hati2 lah korang.
Post a Comment