Monday, 21 March 2011

AMBIL KESEMPATAN

TRIPOLI, 20 Mac — Tentera perikatan Amerika Syarikat dan Eropah melancarkan tindakan ketenteraan — dinamakan operasi Odyssey Dawn — ke atas Libya semalam (tengah malam dan awal pagi ini, waktu Malaysia) untuk memaksa Muammar Gaddafi menghentikan serangan ke atas rakyatnya sendiri, sekali gus meninggalkan tampuk kepimpinan.

Kempen perikatan itu dilihat sebagai yang terbesar sejak Perang Iraq hampir lapan tahun lalu.

Ekoran serangan itu, televisyen kerajaan Libya melaporkan negaranya “diceroboh musuh”.

Pesawat-pesawat perang melepaskan serangan pertama dengan memusnahkan kereta kebal pasukan tentera kerajaan di Benghazi, sebelah timur Libya.

Selain Amerika Syarikat, perikatan Barat itu terdiri daripada Britain, Perancis, Kanada dan Itali. Baca lagi di sini...





Ambil kesempatan adalah tajuk yang paling sesuai bagi berita Libya Diserang tentera bersekutu. Kita yang tidak bersekolah pun faham dengan mainan politik antarabangsa. Kita tahu bahawa Libya merupakan negara pengeluar minyak. Justeru , Amerika dan sekutunya menunggu peluang yang terhidang untuk memasuki Libya. Mungkin semua orang di dunia ini tahu mainan politik Amerika. Walaubagaimanpun, pemimpin Libya juga perlu faham kehendak rakyat. Terlajak perahu boleh diundur , terlajak cakap buruk padahnya. Benda yang dah berlaku sukar untuk diulang-ulang. Apa pun kita berharap , Odyssey Dawn dapat dihentikan segera kerana yang menjadi mangsa adalah orang awam yang tak berdosa.

1 Comment:

Ayu said...

Dunia akhir zaman....erm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online