Wednesday, 17 June 2009

KPLI 18 BULAN ?

Melihat entri saya di atas mengundang pelbagai persoalan. Kepada mereka yang lahir dari sistem KPLI mungkin ada yang bersetuju malah ada yang tidak bersetuju. Bersetuju kerana dengan cepat dapat keluar jadi cikgu. yang tidak bersetuju kerana tidak sempat nak ambil ilmu sebagai guru.

Sebagai seorang guru yang dilahirkan melalui Diploma Perguruan Malaysia ( KDPM ), saya berpendapat kursus selama 12 bulan tidak mencukupi bagi seorang pelajar menjadi cikgu. alasan yang mungkin boleh saya berikan ialah seperti berikut:

1. Kursus yang memakan masa selama 2 semester tidak mencukupi untuk mengutip ilmu pedagogi yang merupakan perkara wajib untuk menjadi cikgu. Cuba kita bayangkan , bagi saya yang belajar selama 3 tahun untuk menjadi cikgu pun masih belum mampu untuk mengamalkan ilmu pendidikan yang dipelajari. Sedangkan pelatih KPLI mengambil masa hanya selama 1 tahun. Alasan pelatih KPLI merupakan bekas pelajar universiti tidak boleh diterima kerana ilmu yang mereka pelajari tidak menjuruskan ke arah sebagai seorang guru. Jadi bagi penulis yang telah membuat diploma perguruan tidak perlu lagi belajar selama 4 tahun untuk mendapatkan ijazah , memadai selama 1 tahun kerana telah mempunyai diploma. Adil atau tidak sekiranya KPLI hanya 12 bulan sedangkan bagi guru yang melanjutkan pelajaran mengambil masa selama 4 tahun. Tidak cukupkah pengalaman mereka yang mengajar selama 10 tahun?

2. Kursus KPLI sangat singkat masanya. Itu belum tambah lagi dengan cuti yang sememangnya banyak di negara kita ini. Bagaimanakah dalam masa yang singkat kita dapat mengaut ilmu pendidikan. Berbeza dengan guru J-Qaf yang menjadikan sekolah sebagai tempat mengutip ilmu.Mereka telah dilatih di sekolah sebelum menjadi ustaz atau ustazah.

3. Kadangkala bidang perguruan bukanlah pilihan utama mereka yang belajar melalui KPLI. Setelah keluar dari Universiti , peluang pekerjaan terhad terutamanya bidang sastera. Justeru itu, menjadi guru adalah kerjaya pilihan yang terakhir. Penulis bukan membuat andaian, tetapi inilah realiti yang berlaku terhadap kawan-kawan , adik, saudara mara dan sebagainya. Berbeza dengan guru yang mengikuti KDPM yang sememangya telah memilih dari awal untuk menjadi guru.

Kesimpulanya , wajarlah kursus KPLI dipanjangkan selama 18 bulan. Bukan lama pun, latihan di sekolah selama 6 bulan boleh memberikan gambaran sebenar kepada mereka untuk menjadi cikgu. Penulis tidak mengatakan guru yang dilahirkan melalui KPLI tidak bagus, tetapi realitinya banyak yang tidak bagus daripada bagusnya. penulis sendiri akui , dalam tempoh yang singkat, apa yang dapat kita buktikan dalam sesuatu perkara.Jika hendak jadi cikgu , kursus lama pun tak apa. Elaun yang dibayar kepada KPLI bukanya sedikit. hampir 2ribu rasanya. Penulis dulu hanya mendapat elaun RM365 sebulan. Bayangkan , selama 3 tahun. Berbanding pelatih KPLI yang tidak pernah berkerja mendapat elaun yang boleh dikatakan banyak kepada mereka. Penulis bukan cemburu , dengki dengan KPLI. Penulis sendiri pun belajar hingga ke peringkat Ijazah. Apa yang penulis inginkan adalah ilmu pendidikan dikutip dengan baik oleh pelatih KPLI sebelum ke sekolah menjadi guru sebenar.

Berada di situasi yang sebenar baru kita tahu apa itu cikgu. Bagi yang bukan guru , cuba selami kepayahan seorang guru.

1 Comment:

Wahid said...

Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.

"Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.

Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.

Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.

Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.

Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.

Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.

"Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.

Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.

Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.

Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.

"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

"Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.

Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.

"Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online