Melihat entri di atas mungkin agak keliru dan boleh dikatakan bias apabila penulis cuba memperkatakan mengenai tajuk ini. Penulis sebagai guru dan pernah melalui pendidikan rendah dan menegah sejak tahun 80an sehingga 90an merasakan bebanan guru hari ini semakin bertambah. Tambahan pula penulis sendiri melaluinya sekarang. Penulis belajar di Maktab perguruan hanyalah mengenai pedagogi dan ilmu pendidikan. Justeru, apabila datang ke sekolah hanyalah bersedia untuk mengajar. Tidak pernah terfikir untuk membuat kerja-kerja lain selain daripada mengajar. Apakah perbezaan bebanan kerja guru hari ini jika hendak dibandingkan dengan bebanan guru dahulu?
Guru hari ini perlu menyediakan markah peperiksaan termasuk headcount ( jika menjadi ketua panitia lebih teruk bebanan ) , Pentaksiaran lisan berasaskan sekolah ( plbs ) laporan adab, program nilam , perlu menyediakan soalan , perlu datang ke sekolah menghadiri kursus latihan dalam perkhidmatan selama 7 hari , menyediakan laporan , melaksanakan kokurikulum dan banyak lagi borang-borang yang perlu di isi guru.
Dahulu , guru datang hanya memberi tumpuan untuk mengajar sahaja. Oleh sebab itu , pelajar dapat mengikuti pelajaran guru dengan baik sekali. Cuba kita bayangkan , guru hari ini sarat di kepalanya tentang headcount, plbs dan lain-lain lagi sehinggakan persediaan mengajar tidak dapat dilakukan dengan baik.
Justeru , kepada pembaca yang belum menjadi guru, fikirkanlah niat untuk menjadi guru. Bebanan kerja guru bukan setakat di sekolah sahaja , malah dibawa pulang ke rumah. Mungkin orang kata , kerja guru ini mudah...realitinya...hanya yang kena sahaja tahu.
Wednesday, 27 May 2009
GURU DULU , GURU SEKARANG ( BEZA BEBANAN?)
Posted by ZABRI ZAINOL ABIDIN at 11:59
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Comments:
Guru hari ini menjadi pengisi borang, bukannya pengisi jiwa anak muridnya. Guru hari ini mesti ikut apa sahaja kata orang atas dan ibu bapa, sebab itu mereka tidak dapat melaksanakan tugas mereka yang paling hakiki, iaitu mendidik adab dan akhlak anak didik mereka. Sistem pendidikan hari ini mementingkan pencapaian akademik, prestasi sekolah juga dinilai berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan peringkat kebangsaan seperti UPSR - jadi pihak kementerian dan sekolah pulun sungguh-sungguh agar para pelajar dapat keputusan yang cemerlang dalam akademik, sebab itu, sistem hari ini kita melahirkan manusia tinggi i.q tapi tandus jiwa dan akhlaknya.
Ibu bapa dan masyarakat pula terkena diploma disease. Aduh, apalah nak jadi dengan bangsa kita. Malangnya, menteri kita sentiasa bangga dengan prestasi mereka.
Wallahu'alam.
Betul Lut..aku sangat setuju dengan hang..pelajar hari ini jiwa mereka sangat lemah...pengisian nilai murni tidak langsung dititiberatkan.. yang jadi mangsa kita sebagai guru..aku harap sangat hang dapat buat ulasan mengenai bebanan guru...
Post a Comment