Tuesday 4 November 2008

BENAR ATAU TIDAK?

Angin di utara bertiup kencang mengatakan bahawa Pengajaran Sains dan Matematik akan dikembalikan ke Bahasa Melayu pada tahun hadapan. Namun kita masih terdengar ayat-ayat klise yang mengatakan bahawa PPSMI tetap akan dilaksanakan. Mengapa penulis mengatakan demikian? Baru-baru ini penulis berbual dengan guru PPSMI yang telah diarahkan membayar semula elaun yang diperolehi. Lebih kurang RM2000 juga lah yang perlu dibayar. Guru tersebut diberhentikan daripada mengajar PPSMI. Kenapa ? Beliau mengatakan bahawa jumlah waktu dan pengajaranya dikira tidak mencapai standard. Sedangkan beliau lulus peperiksaan yang diambil ( macam muet kiranya ). Justeru sebagai guru Bahasa Melayu, penulis hanya mendengar sahaja luahan hati seorang guru PPSMI.


Katanya , buku teks untuk tahun 1 telah sampai dalam Bahasa Melayu. Penulis berkeras mengatakan beliau salah. Namun , dengan tegas beliau mengatakan yang beliau melihat buku itu sampai. Maka di sini , jika benar apa yang dikata , sudah tentu penulis orang yang paling gembira. Penulis bukan anti Bahasa Inggeris , malah sanggup belajar kelas malam di UITM Permatang Pauh untuk menguasai Bahasa Inggeris. Bagi penulis , jika perkara ini betul-betul dipandang serius oleh kerajaan , harap-harap selepas ini pihak PBT , dan pihak-pihak yang lain tidak lagi mempertikaikan Perlembagaan 152. Usahlah mempolitikan bahasa kerana yang mendapat akibat, bangsa kita sendiri. Angkasawan kita pun bersetuju yang PPSMI perlu diteruskan. Mungkin beliau terlepas pandang atau tidak sedar yang beliau dahulu belajar dalam Bahasa Melayu. Jadi kepada guru-guru PPSMI bermula tahun 1 , jangan sedih atau kecewa sekiranya anda tidak lagi mendapat elaun 10% pada tahun 2009. Bagaimana pula dengan guru Bahasa Inggeris ? Kita tunggu dan lihat. Sekiranya perkara ini berlaku , guru Bahasa Melayu pula yang akan mendapat elaun 10%. Ini hanya khabar angin . Bukan saya yang membuat dasar. Benar atau tidak benar? Pendapat anda.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online