Thursday, 23 October 2008

PERLU ATAU TIDAK?

Sejak akhir-akhir ini , kita sering dikejutkan dengan Sejarah. Orang yang tak pernah belajar sejarah pun boleh dan pandai bercakap tentang sejarah. Memang semua orang ada sejarah tersendiri. Namun bagi kita yang memang diasak tentang sejarah bangsa dan budaya akan mempertahankan hujah tentang sejarah kita. Justeru , perlu atau tidak sekiranya KPM akan memperkenalkan mata pelajaran Sejarah bermula daripada tahun 2. Bagi penulis , biarlah kajian ataupun sekurang-kurangnya mesyuarat terlebih dahulu diadakan sebelum melaksanakanya. Apapun kita tahu , hanya Sekolah Kebangsaan sahaja yang akan melaksanakan mata pelajaran ini sekiranya perlu dilaksanakan. Adakah SJK akan melaksanakanya? biasalah sebab itu perpaduan sukar dipupuk kerana kita tidak mengadakan Sekolah tunggal. Maksudnya hanya sekolah kebangsaan. Sebagai seorang yang berkelulusan universiti dalam bidang Sejarah, saya rasa banyak benda yang kita tidak tahu. sama seperti saya yang dahulu setakat tingkatan 6 sahaja belajar Sejarah. Tapi.. bila dah ambik kertas Sejarah , banyak benda yang dapat saya ketahui. Itu diperingkat Universiti , bagaimana pula di peringkat sekolah. Kadang-kadang mata pelajaran ini hidup segan , mati tak mahu. pelajar hanya belajar sambil lewa sahaja. Saranan sultan Perak agar Kontak Sosial diajar dari peringkat rendah harus dilaksanakan. Berapa ramai yang tahu tentang kontrak sosial , prinsip jus soli dan sebagainya? Banyak juga wakil rakyat yang berbahas di parlimen tidak tahu tentang sejarah. Mereka ni mungkin tidak belajar sejarah. Sebab tu boleh keluarkan kenyataan yang kadang-kadang buat budak sekolah ketawa. Maka , apa pandangan anda mengenai mata pelajaran Sejarah. Wajar atau tidak diajar pada peringkat yang rendah.

4 Comments:

Anonymous said...

Bagus jugak pelajaran sejarah di ajar di sekolah. Boleh membentuk jati diri anak-anak bangsa kita. Tapi kalau nak buat biarlah betul2, janganlah sekadar melepaskan batuk di tangga. Orang suruh buat, kita pun buat. Lepas tu baru nak kaji buruk baiknya. Harapan saya, buatlah kajian yang sedalam2nya dan jangan lupa perancangan untuk pembangunannya. Panggillah pakar2 yang betul2 layak. Kalau dilaksanakan, jgn ada pengecualian. Sapa rakyat malaysia, wajib ambil matapelajaran tu.. Dan, kalau boleh jgn ada campur tangan politik atau dipolitikkan. Bagilah kuasa pada orang2 yang ahli dalam bidangnya....

Mie sg petani..

Anonymous said...

penulis bersetuju dengan pandangan mei. kita sebenarnya telah lama tidak mempedulikan sejarah. tambah-tambah generasi sekarang yang leka dibuai keseronokkan.

lutfi said...

Bri, memasukkan subjek sejarah dalam silibus sekolah rendah, sebenarnya satu tindakan yang bijak. Aku bersetuju dengan hang, perlunya satu kajian dan keterperincian, sebelum dilaksanakan di sekolah.
Walau bagaimanapun, kita berharap KPM dapat bertindak dan bersikap lebih objektif. Masalah dalam sistem pendidikan kita ialah 'rapatnya' orang politik dalam menentukan keputusan-keputusan penting yang berkait dengan pendidikan. Pada hal, sebagai satu wadah dalam mencerdikkan manusia, pendidikan seharusnya diserahkan kepada mereka yang layak, bukannya kepada orang politik. PPSMI, adalah salah satu contoh, bagaimana kuasa dan orang politik menghancurkan pendidikan kita.
Aku juga berharap agar penerapan dan pengajaran sejarah di sekolah rendah nanti lebih kritikal. Kita tidak sahaja mengajar 'fakta' kerana fakta ialah sebahagian daripada sejarah. Jangan lupa separuh lagi wajah sejarah, iaitu 'essence' atau inti sejarah itu.
Kita sebenarnya mengharapkan kejujuran daripada KPM. Itu saja,

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Lutfi..
Sebenarnya sejarah telah lama diajar. Masalahnya yang di atas seringkali menumpukan kepada mata pelajaran yang berasaskan nombor dan fakta. Kita lihat mata pelajaran sastera yang menerap nilai murni dan sejarah yang memperkatakan tentang bangsa tidak dikisahkan langsung oleh pihak di atas. Aku setuju mengenai kajian yang mendalam perlu dilakukan . jangan tergesa-gesa namun subjek ini patut diajar sejak awal lagi. terima kasih lutfi kerana sayangkan bangsa kita yang kita kenali hanya melalui sejarah bukan PPSMI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online