Friday, June 16, 2017

Keajaiban Dunia ke-8 Ditemukan

 
Keajaiaban Dunia Ke-8
Kira-kira 130 tahun yang lalu, ada dua mata air legenda bernama Teres Putih dan Teras Merah Muda di sekitar Tasik Rotomahana, Pulau Utara New Zealand. Disebut-sebut sebagai "keajaiban dunia kelapan", kedua-dua mata air tersebut terbentuk oleh pengumpulan deposit yang kaya akan silika dari mata air panas bumi purba.

Malangnya, keajaiban dunia kelapan ini hancur akibat letusan Gunung Tarawera pada tahun 1886. Ketika magma naik ke atas dan bertemu dengan tasik yang dikelilingi oleh Teres Putih dan Teras Merah Muda, serentetan reaksi berupa letupan dan semburan lava terjadi. Tenaga yang dilepaskan oleh kejadian ini walaupun dijangka menyaingi Tsar Bomba, bom nuklear terbesar yang pernah diledakan.

Sejak itu, pencarian terhadap serpihan Teres Putih dan Teras Merah Muda terus dilakukan. Namun, kedua-dua lokasi legenda tersebut seperti hilang bak ditelan bumi, sehingga sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of the Royal Society of New Zealand pada tahun 2016 menklaim telah membuat satu kejayaan dalam pencarian Teres Putih dan Teras Merah Muda.

 
Rex Bunn, salah satu ahli penyelidik, berkata bahawa mereka telah menemui lokasi yang pasti dari kedua-dua mata air berkat buku harian seorang pakar geologi dari adab ke-19, Dr Ferdinand von Hochstetter.

 
Dalam buku harian yang ditunjukkan kepada Bunn oleh Sascha Nolden dari National Library of New Zealand tersebut, Hochstetter menggambarkan Teres Putih dan Teras Merah Muda ketika sedang melakukan kajian geologi di New Zealand. Hochstetter juga menandakan kedua-dua lokasi tersebut dalam buku hariannya.

 
Namun, mencari Teres Putih dan Teras Merah Muda dengan bantuan buku harian Hocstetter ternyata tidak mudah. Sebab, letusan Gunung Tarawera tidak hanya menanam kedua Teres tersebut, tetapi juga menggeser lanskapnya.

 Menggunakan teknik kartografi forensik iaitu membandingkan peta New Zealand masa kini dengan data pada tahun 1859, Bunn dan Nolden mencari lokasi Teres Putih dan Teras Merah Muda sekarang. "Kita menghabiskan 2,500 jam untuk meneliti selama 12 bulan terakhir," kata Bunn.

 
Berkat kerja keras tersebut, Bunn kini menklaim dengan optimis telah mencari lokasi yang pasti dari kedua-dua mata air tersebut dengan tingkat kesalahan kurang lebih 35 meter. Namun, kebenaran akan tuntutan Bunn masih perlu disahkan. Dia pun menyerahkan keputusan untuk menggalinya kepada pihak berkuasa suku Tuhourangi di kawasan tersebut.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online