Tuesday 13 December 2016

Suka Duka Tahun 2016


Untuk tahun 2016, aku kurang menulis melalui blog ini. Kemungkinan media blog ini kurang mendapat perhatian. Tetapi untuk hujung tahun ini, nak toleh belakang apa yang berlaku dalam dathun 2016. Ada suka dan duka sepanjang tahun 2016. Aku tak mahu menceritakan hal yang berlaku dalam negara, luar negara. Tetapi apa yang berlaku kepada diriku. Namun tak semua benda yang boleh kita ceritakan. Apa yang best tahun 2016 ialah semua perkara berjalan dengan lancar. Aku tidak ambik sehari pun cuti dalam pekerjaan aku. Kehadiran penuh tahun ini sangat amazing. Aku pun tak sedar yang aku datang bekerja tanpa cuti. Ini bermaksud, tahun 2016 aku diberi kelapangan oleh Allah untuk datang bekerja. Insya Allah tahun hadapan kita pegang pada keadaan. Jika Allah izinkan, pasti berlaku. Untuk yang tak best tahun ni, berlaku sedikit perkara yang tak seronok berkaitan orang yang ada kuasa, tetapi menggunakan kuasanya untuk menjatuhkan orang lain. Alhamdulillah, tahun 2017 aku tidak lagi payah pikiaq pasal orang ini. Kita bekerja untuk berseronok disamping melakukan amalan baik. Itu dalam bidang pekerjaan, dari segi ekonomi, alhamdulillah dan harapan apa yang berlaku kepada aku sebelum ini akan dibalas dengan kebaikan. Aku berpegang pada janji Allah. Apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Aku redha. Sayonara tahun 2016 dan Selamat datang 2017.

Mungkin tahun depan, kita akan lihat banyak travelog perjalanan atau pun tentang bagaimana nak kurus. 



0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online