Sunday 27 September 2015

Pangeran Saudi Ditangkap kerana Paksakan Seks Oral

 
Gambar Hiasan
Seorang putera Arab Saudi ditangkap di sebuah kompleks bukit di dekat Beverly Hills, Amerika Syarikat, Rabu (23/9/2015) waktu setempat, berkaitan tuduhan telah cuba memaksa seorang pekerja untuk melayani nafsu seks sang pangeran. Demikian kata polis Los Angeles seperti dilaporkan Los Angeles Times, Khamis.

Lokasi Kejadian Yang Dilaporkan

Sejumlah petugas berkata, polis dipanggil ke rumah yang berada di dalam sebuah kawasan perumahan yang berpintu gerbang selepas seorang penjaga di rumah itu melaporkan peristiwa tersebut. Setelah sejumlah petugas menemuramah orang-orang di dalam rumah itu, seorang lelaki berusia 28 tahun yang dikenal pasti sebagai Putera Saudi bernama Majed bin Abdulaziz al-Saud ditangkap. Dia dituduh telah memaksa seorang di situ untuk memberikan perkhidmatan seks oral.


Seorang jiran bernama Tennyson Collins berkata, seorang warga melaporkan telah melihat seorang perempuan yang berlumuran darah menjerit meminta tolong apabila perempuan itu cuba untuk memanjat dinding tembok setinggi 2.5 meter di harta itu pada Rabu sore.

Ketika Collins pulang dengan keretanya dari tempat kerjanya pada kira-kira pukul 03.30, polis mengikuti keretanya memasuki pintu gerbang dan menuju ke hartanah tersebut, yang ia gambarkan sebagai sebuah kompleks.


Sejumlah petugas kemudian mengawal kira-kira 20 orang keluar dari rumah itu, kebanyakan daripada mereka adalah kakitangan (rumah itu), kata Collins. Laman web Zillow menilai hartanah seluas 22,000 kaki persegi itu pada harga 37 juta dollar AS (atau Rp 450 bilion).


Polis berkata, Pangeran Majed menyewa rumah itu.
Pangeran Majed kemudian dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak 300,000 dollar (atau Rp 4.3 bilion) pada Kamis pagi.

Polis menegaskan, Pangeran Majed tidak punya kekebalan diplomatik dalam kes itu, kata Kapten LAPD Tina Nieto.

Nieto menjelaskan, sejumlah keluarga kerajaan asing punya kekebalan diplomatik, tetapi hal itu bergantung pada status penting mereka dalam pemerintahan di negara asal mereka dan tingkat pelanggaran.

Catatan penjara menunjukkan, Pangeran Majed dijadualkan akan muncul di mahkamah pada 19 Oktober akan datang.

Los Angeles Times melaporkan, pihaknya telah berupaya untuk meminta keterangan Kementerian Luar Negeri AS dan Kedutaan Arab Saudi di Los Angeles berkaitan peristiwa itu, tetapi tidak berhasil memperoleh keterangan. Akhbar itu juga tidak boleh menghubungi Pangeran Majed untuk meminta komen beliau.

Sumber: Kompas.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online