Tuesday 12 August 2014

Lagi Wanita Bogel Ditahan


KEPALA BATAS - Polis telah mengambil keterangan seorang lagi wanita bagi membantu siasatan berhubung penganjuran sukan bogel yang dilaporkan diadakan di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang pada 30 Mei lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, wanita berkenaan yang berusia 24 tahun ditahan di Perak kira-kira pukul 10 pagi Sabtu lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas dua jam keterangannya diambil.

"Wanita yang berasal dari Perak dan bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur itu mempunyai nama yang sama seperti identiti salah seorang wanita yang menyertai sukan bogel tersebut.

"Bagaimanapun, dia telah dibebaskan dengan jaminan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan ketika disoal siasat selama kira-kira dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya," katanya.


Sumber: Kosmo.Com


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online