Thursday, October 24, 2013

Pilihanraya Kampus Saja - Tarik Diri Atau Mati


Bangi: “Selepas ternampak api yang marak berserta asap tebal di depan pintu rumah, saya jadi panik. Mujur rakan saya bertindak cepat mengambil selimut yang dibasahi air bagi memadam kebakaran,” kata calon ProMahasiswa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Siti Aishah Shaharudin, 21, selepas bahagian depan rumah sewanya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, di sini dilontar molotov koktel, semalam.

Menurutnya, sebelum kejadian, kira-kira jam 3.30 pagi, dia bersama 19 rakan yang juga calon bagi Pilihan Raya Kampus 2013 UKM sedang berehat di rumah sewanya itu sebelum terdengar bunyi enjin motosikal di luar rumah.

Dia bagaimanapun tidak mengendahkan bunyi itu kerana menyangka ia adalah motosikal pengawal keselamatan yang bertugas meronda setiap malam.

“Tetapi selepas beberapa minit, saya hairan kerana bunyi enjin itu seolah tidak bergerak. Tidak lama kemudian saya terdengar bunyi seperti letupan di pintu utama rumah.

 “Saya bergegas keluar untuk memeriksa dan terkejut mendapati api sedang marak di depan rumah. Saya terus mengejutkan rakan lain yang sedang tidur kerana menjadi panik selepas melihat kebakaran itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online