Bangi: “Selepas ternampak api yang marak berserta asap tebal di depan
pintu rumah, saya jadi panik. Mujur rakan saya bertindak cepat
mengambil selimut yang dibasahi air bagi memadam kebakaran,” kata calon
ProMahasiswa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) Siti Aishah Shaharudin, 21, selepas bahagian depan rumah
sewanya di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, di sini dilontar molotov
koktel, semalam.
Menurutnya, sebelum kejadian, kira-kira jam 3.30 pagi, dia bersama
19 rakan yang juga calon bagi Pilihan Raya Kampus 2013 UKM sedang
berehat di rumah sewanya itu sebelum terdengar bunyi enjin motosikal di
luar rumah.
Dia bagaimanapun tidak mengendahkan bunyi itu kerana menyangka ia
adalah motosikal pengawal keselamatan yang bertugas meronda setiap
malam.
“Tetapi selepas beberapa minit, saya hairan kerana bunyi enjin itu seolah tidak bergerak. Tidak lama kemudian saya terdengar bunyi seperti letupan di pintu utama rumah.
“Tetapi selepas beberapa minit, saya hairan kerana bunyi enjin itu seolah tidak bergerak. Tidak lama kemudian saya terdengar bunyi seperti letupan di pintu utama rumah.
“Saya bergegas keluar untuk memeriksa dan terkejut mendapati api sedang
marak di depan rumah. Saya terus mengejutkan rakan lain yang sedang
tidur kerana menjadi panik selepas melihat kebakaran itu,” katanya.
Sumber: Harian Metro
0 Comments:
Post a Comment