Thursday 17 October 2013

"Datuk" Larikan 4 Orang Pelajar Ke Dalam Bukit Wang Kerbau


BALING 17 Okt. - Polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes empat pelajar yang dilaporkan hilang selepas dibawa memasuki kawasan hutan di Bukit Wang Kerbau berhampiran kaki Gunung Inas di sini pada petang Selasa lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, ASP Nazir Osman berkata, mengesahkan lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di rumahnya hari ini.Akhbar ini hari ini melaporkan empat pelajar hilang selepas dibawa oleh seorang lelaki bergelar 'Datuk' memasuki kawasan hutan di Bukit Wang Kerbau berhampiran kaki Gunung Inas di sini kelmarin, ditemui dalam keadaan selamat malam tadi.

Mangsa iaitu Mohd. Hafiz Ridzuan, 14, Ainaa Nadia Mat Dahari, 14, Ahmad Mohamad Mat Dahari, 11, dan Rohaizat Jamaluddin, 10, ditemui dalam keadaan selamat di Lata Lubuk Buluh pada pukul 7.30 malam iaitu kira-kira enam kilometer dari kaki gunung tersebut. - UTUSAN ONLINE

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online