Wednesday, 16 October 2013

7 Batang Logam Tertusuk Leher Dan Tekak


Beijing: Seorang jurubina terselamat selepas tujuh batang logam dari sebuah mesin yang diselenggaranya tertusuk ke leher dan tekaknya. 

Long Chao tercedera ketika bekerja menggunakan mesin untuk meluruskan batang logam di Luzhou, wilayah Sichuan, China.

Dipercayai mesin itu gagal berfungsi menyebabkan batang logam terbabit terpelanting ke arahnya seperti peluru.

Tujuh daripada batang logam itu yang tertusuk di lehernya. Dia digegaskan ke hospital dan doktor mengambil masa enam jam untuk mengeluarkan batang logam itu.

Batang itu pada awalnya, dipotong oleh pakar bedah agar mereka dapat memudahkan pembedahan dilakukan sebelum ia dibuang kemudiannya.

Petikan: Harian Metro

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online