Tuesday, September 24, 2013

Bas Ekpres Rempuh Treler


Kulaijaya: Dua maut manakala 13 lagi cedera apabila sebuah bas ekspres merempuh treler membawa muatan kayu di Kilometer 45.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dekat sini, awal pagi ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, treler itu dikatakan dipandu di laluan sebelah kanan apabila secara tiba-tiba dirempuh bas berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan bahagian depan bas bas ekspres berkenaan remuk dan pemandunya dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Seorang penumpang warganegara Indonesia turut disahkan meninggal dunia, manakala 13 penumpang yang cedera dini dirawat di Hospital Kulaijaya.

Sumber: Berita Harian

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online