Thursday 8 August 2013

Maksud Tandas Yang Perlu Kita Tahu

Ini Bukan Tandas Sekolah

Melalui laman ini saya ingin memberitahu pembaca semua mengenai bahasa yang kita selalu sebut tetapi mempunyai maksud yang berbeza. Justeru, itu marilah sama-sama kita belajar Bahasa Melayu.


Tiap-tiap bahasa di dunia ini memiliki beribu-ribu perkataan. Bahasa-bahasa yang maju mempunyai jumlah perkataan yang lebih besar daripada jumlah perkataan yang dimilki oleh bahasa yang belum maju.Bahasa Melayu memiliki beratus ribu perkataan. Sebahagian perkataan Melayu asli , manakala sbahagian lagi dipinjam daripada bahasa-bahasa lain seperti Sanskrit , Hindi , Tamil , Cina , parsi , Portugis , Belanda , Arab dan Inggeris.

Untuk kali ini perkataan ini sering digunakan oleh kita semua.....iaitu:
Tandas

Tandas I- Tidak ada lagi , Habis langsung , hilang kesemuanya: Hartanya sudah ______ licin ____ habis kesemuanya.

Tandas II - Bilik khas ( di tempat awam , sekolah , pejabat dsb ) tempat membuang air ( yg dilengkapi dgn mangkuk tandas , sink , dsb ) bilik air;
2. sl tempat mandi ( di sungai ),

Menandaskan -- mengatakan dengan tegas

Rujukan Kamus Dewan Muka surat 1595

Jadi , kepada pembaca semua....apakah kita selalu menggunakan perkataan ini. Jika ayat dibina menggunakan perkataan pertama, saya rasa ramai yang akan tercari-cari maksudnya. Lagi satu kalau sesiapa yang ingin melihat maksud tandas yang sebenarnya boleh ke Blog saudara Mazidul Akmal Sidik berkaitan dengan tandas.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online