Thursday 29 August 2013

Kalah Kepada Sime Darby , Irfan Bakti Letak Jawatan



Kekalahan demi kekalahan yang menimpa skuad Selangor menyebabkan jurulatih utamanya Irfan Bakti mahu melepaskan jawatan. Beliau mungkin kecewa dengan prestasi hambar skuad Selangor. Memang diakui bahawa skuad Selangor merupakan skuad yang dibarisi pemain yang hebat. Jika tidak, masakan mereka dapat menandingi pasukan lain dalam liga super. Mungkin ada sesuatu yang tersirat dalam skuad Selangor. Penulis orang Kedah dan pastinya menyokong skuad Kedah walaupun turun liga dan prestasi hambar. Begitupun Selangor merupakan negeri mula-mula penulis menjadi kakitangan awam. Justeru, ramai anak didik penulis berada di Selangor. Makanya, penulis suka skuad Selangor berubah ke arah kemenangan. Masih ada ruang untuk mereka bernafas. Walaupun peluang ke pusingan seterusnya sudah tipis atau sudah tertutup, namun sebagai pemain profesional, pemain Selangor perlu mencari mata agar penyokong kuat anda tidak lagi terus membuat protes.

Kenyataan Irfan Bakti letak jawatan ekoran kekalahan Skuad Selangor kepada Sime Darby:

KUALA LUMPUR - Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan bahawa beliau telah melepaskan jawatannya sebagai jurulatih skuad Gergasi Merah.

Difahamkan, punca utama Irfan membuat keputusan mengejut itu ekoran prestasi hambar skuad kendaliannya dalam kempen Piala Malaysia setakat ini.

Kemuncak rasa kecewa Irfan sukar dibendung lagi apabila Gergasi Merah tumbang di tangan pasukan berstatus kelab, Sime Darby apabila tewas 0-3 di Stadium Majlis Per bandaran Selayang malam semalam. - KOSMO!

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online