Monday 19 August 2013

Kahwin Membosankan Bagi Haliza Misbun


Masih Jelita walaupun usia mencecah 40 tahun.
Bagi pelakon dan penggiat seni tanah air ini, perkahwinan adalah sesuatu yang membosankan. Mungkin dirinya tidak mahu ditekan dengan persoalan perkahwinan, maka itulah jawapan yang mudah bagi beliau. Sebenarnya, soalan yang sering ditanya oleh orang ramai akan membuatkan kita memberi jawapan yang mudah. Bukan bagi Haliza sahaja, bahkan orang lain. Persoalan jodoh adalah di tangan tuhan, mungkin orang akan berkata, kita tidak berusaha ke arah itu. Tapi, jika dikatakan perkahwinan itu mengongkong kehidupan, mungkin sedikit tersasar daripada landasan agama kita. Mungkin ketetapan tuhan terhadap kita sebegitu. Usah berputus asa dalam mencari jodoh.

Kenyataan Haliza Misbun mengenai perkahwinan itu membosankan:

LAMA tidak muncul di semua saluran media, kelibat pelakon Haliza Misbun di majlis Melodi Raya yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur mencuri perhatian. Ini kerana, pelakon filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami itu masih kekal cantik dan langsing biarpun usianya kini sudah mencecah 40 tahun. 

Terlanjur bertemu dengannya, persoalan sama ada dia sudah memiliki teman lelaki atau sudah berumah tangga berlegar di benak fikiran pihak Kosmo!.Menjawab pertanyaan yang dilantunkan kepadanya, ternyata Haliza tidak berselindung. 

Katanya: “Hidup berkahwin sangat membosankan. Saya senang hidup bersendirian. Sebabnya, saya boleh buat apa yang saya suka. Hidup saya tidak sunyi kerana ia dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.

Haliza juga tidak mahu berkahwin disebabkan tekanan daripada keluarga atau teman-teman yang tidak mahu dia terus hidup membujang.

Jelasnya, sampai masa nanti jika bertemu dengan lelaki yang sesuai, dia tetap akan berkahwin. “Memang dulu keluarga sering bertanya bila mahu berkahwin. Tetapi, sekarang mereka sudah berhenti bertanya,” ungkapnya sambil ketawa.



Jodoh pertemuan itu ketentuan tuhan. Berusahalah mencarinya.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online