Tuesday 30 July 2013

Pengasas Bank Mati Ditembak


Gambar Kecil Mangsa
Bulan ini adalah bulan menembak orang. Minggu ini, kali kedua mangsa mati ditembak. Minggu lepas hari khamis seorang guru telah ditembak mati secara dekat. Begitu juga hari ini apabila pengasas sebuah bank mati ditembak kononya atas urusan perniagaan.Tambahan pula, kejadian tembakan berlaku di sebuah tokong atau berhampiran tokong.

Kenyataan akhbar mengenai pengasas Ambank ditembak mati 29 Julai 2013.

Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia maut ditembak selepas bertemu dengan seorang lelaki bagi membincangkan urusan jual-beli saham di tempat letak kenderaan di sebuah tokong di Lorong Ceylon di sini hari ini.Kejadian pukul 2 petang itu berlaku ketika Hussain Ahmad Najadi, 75, pergi ke tokong berkenaan bersama isterinya.

Hussain mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada dan rusuk kiri manakala isterinya parah ditembak di pergelangan tangan kiri dan paha kanan.Wanita berusia 49 tahun itu kini stabil selepas dirawat di Hospital Tung Shing di sini.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa ke tokong tersebut untuk bertemu seorang lelaki atas urusan jual-beli saham.



Justeru itu, penulis menanggap kejadian tembakan di Malaysia sudah menjadi trend sekiranya pihak berkuasa tidak membenteras dengan segera. Selepas ini kita akan mendengar lagi, ahli korporat atau sesiapa sahaja yang akan ditembak. Motif tembakan yang berlaku setakat ini berkemungkinan disebabkan perniagaan, pinjaman , balas dendam dan sebagainya. Keselamatan kita sebanarnya semakin hari semakin terhakis oleh budaya menembak ini.


0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online