Friday 19 July 2013

Jambatan Ke 2 Dibuka Oktober Nanti

  
     Akibat kejadian tanjakan runtuh pada bulan Jun yang lalu, jambatan ke 2 menghubungkan Pulau Pinang dan tanah besar akan lewat sebulan tarikh pembukaanya. Kejadian yang mengakibatkan kematian itu, menyebabkan kerja-kerja pembangunan terhenti sketika.

     Menurut sumber dalaman syarikat yang mengelola pembinaannya, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), mereka sedang menantikan laporan keselamatan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) berhubung struktur jambatan itu, khususnya pakej 3A yang membabitkan bahagian tanjakan yang runtuh tersebut.Bagaimanapun, sasaran pembukaan pada bulan Oktober itu dikatakan masih awal berbanding daripada jadual kerja sebelum ini yang menetapkan pembukaannya pada November 2013.Artikel penuh di sini.

     Justeru, kepada semua pengguna yang mengalami kesesakan jalan raya sehingga September diharap bersabar. Nanti sama-sama kita rasai bagaimana melalui jambatan ke 2 pula.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online