Akibat kejadian tanjakan runtuh pada bulan Jun yang lalu, jambatan ke 2 menghubungkan Pulau Pinang dan tanah besar akan lewat sebulan tarikh pembukaanya. Kejadian yang mengakibatkan kematian itu, menyebabkan kerja-kerja pembangunan terhenti sketika.
Menurut sumber dalaman syarikat yang mengelola pembinaannya, Jambatan
Kedua Sdn Bhd (JKSB), mereka sedang menantikan laporan keselamatan
daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) berhubung
struktur jambatan itu, khususnya pakej 3A yang membabitkan bahagian
tanjakan yang runtuh tersebut.Bagaimanapun, sasaran pembukaan pada bulan Oktober itu dikatakan
masih awal berbanding daripada jadual kerja sebelum ini yang menetapkan
pembukaannya pada November 2013.Artikel penuh di sini.
Justeru, kepada semua pengguna yang mengalami kesesakan jalan raya sehingga September diharap bersabar. Nanti sama-sama kita rasai bagaimana melalui jambatan ke 2 pula.
0 Comments:
Post a Comment