Thursday 18 July 2013

10 Faedah Buah Pisang Kepada Manusia



Pisang merupakan buah tropika yang menjadi kegemaran orang ramai. Selain rasanya manis, pisang juga kaya vitamin dan mineral, boleh dimakan langsung atau diolah menjadi berbagai hidangan lazat.
Mengingat kandungan nutrisinya yang kaya, ada baiknya anda memasukkan buah ini ke dalam senarai buah yang wajib dimakan setiap hari. Berikut adalah 10 manfaat pisang yang perlu diketahui:
1.KaloriDengan memakan  sebiji pisang, anda boleh memuaskan keinginan makan sesuatu yang manis tanpa merosakkan diet. Sebiji  pisang rata-rata mengandungi 110 kalori.
2.Lemak dan kolesterolPisang merupakan buah yang bebas lemak dan kolesterol.

 
3.PotasiumBuah ini sangat terkenal akan kandungan potasiumnya. Dengan kadar potasium mencapai 400 mg dalam pisang berukuran sedang, buah ini wajib dimakan untuk menjaga kesihatan jantung.Potasium juga diketahui sangat baik untuk fungsi otot dan saraf, serta menjaga keseimbangan cecair dalam tubuh. Potasium dalam pisang juga sesuai dimakan untuk mencegah kejang  otot selepas sukan.

4.Vitamin CSebagaimana buah lain, pisang juga kaya akan vitamin C. Sebiji  pisang mengandungi sekitar 10mg vitamin C atau kira-kira 15 peratus daripada cadangan vitamin C harian.
5.Vitamin B6Vitamin B biasanya ditemui pada produk berasaskan binatang, tetapi pisang ternyata juga merupakan sumber vitamin B6 yang disebut pyridoxine. Sebiji pisang menyediakan 35 peratus daripada cadangan vitamin B6 harian. Tubuh menggunakan vitamin ini untuk menumbuhkan sel-sel baru.
6.Mangan
 
Mangan adalah mineral yang diperlukan untuk tulang yang sihat dan metabolisme. Sebiji pisang mengandungi 3 mg mangan.
7.SeratSebiji pisang mengandungi sekitar 3 gram serat. Selain menyihatkan saluran cerna, serat juga kita perlukan untuk menjaga perut terasa kenyang lebih lama.
8.Nutrisi lainAda beberapa jenis mineral dan vitamin yang terkandung dalam pisang, meski jumlahnya kecil, iaitu magnesium, kalsium, fosforus, vitamin A dan E, folat, karotena, serta asam amino.

9.KarbohidratTubuh menggunakan karbohidrat sebagai sumber tenaga utama. Makanlah pisang selepas bersenam untuk mengembalikan tenaga. Sebiji pisang dimakan semasa sarapan juga disyorkan untuk menjaga bekalan tenaga tetap bertahan sampai waktu makan tengah hari tanpa snek.
10.Mudah dicernaPisang sangat mudah dicerna. Apabila anda sedang menderita penyakit virus atau gangguan pencernaan, pisang sangat sesuai sebagai sumber nutrisi tanpa membuat pencernaan bekerja terlalu keras. Pisang yang dilumatkan juga sering dipakai sebagai makanan padat yang diperkenalkan pada bayi.



0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online