Tuesday 6 March 2012

KERANA PEMETIK API


Biasanya orang yang merokok akan meminjam tak kira kepada sesiapa pun jika pemetik apinya kehabisan gas. Jika ini boleh dilakukan oleh bekas Pengawal keselamatan , Nasim Mohammed Pouzi, 23, dia sudah tentu tidak didenda sebanyak RM2000. Mungkin kelainan yang terdapat pada pemetik api beharga RM19.90 menjadi tarikan sehingga dia sanggup mencuri pemetik apai tersebut. Petikan akhbar Sinar Harian;

AYER KEROH - Hanya kerana memiliki pemetik api curi bernilai RM19.90, seorang bekas pengawal keselamatan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Nasim Mohammed Pouzi, 23, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Nor Azizah Yusof selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan.

Berdasarkan pertuduhan pilihan, Nasim didapati memiliki harta curi iaitu satu pemetik api bertulis ‘World A Gun’ bernilai RM19.90 kepunyaan Koh Han Chin, 31, di Dataran Pahlawan Megamall, kira-kira jam 5.15 petang, pada 10 Januari 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga lima tahun dan denda.

Terdahulu, Nasim mengaku tidak bersalah terhadap mencuri satu pemetik api bertulis ‘World A Gun’ bernilai RM19.90 kepunyaan Koh Han Chin di kiosk ruang legar Dataran Pahlawan Megamall, kira-kira jam 11 pagi pada 8 Januari 2012. Baca lagi....


2 Comments:

soughn said...

this post blog view it basics additional hints have a peek here

Unknown said...

w2x75z3c55 k5l68g5w52 k0w47z6r25 x1x97u7j10 u0b55y0p32 z0y29b9v81

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online