Tuesday, 6 March 2012

KELAPA ANEH 4 MATA

Kelapa yang dikatakan aneh

Sebenarnya kita pernah terjumpa kelapa yang dikatakan aneh ini. Entah dimana yang anehnya kerana penulis pun pernah jumpa kelapa macam ini. Mungkin ada orang yang belum pernah jumpa , maka dianggapnya aneh. Mungkin selepas ini , penulis perlu sertakan bukti kerana bercakap tanpa bukti tidak boleh digunapakai. Tetapi dalam hal tertentu , cakap tanpa bukti boleh digunapakai. Tidak perlulah disebut disini. Sendiri mau ingat la....Petikan berita terkejut tersebut;

KOTA RAJA BERSIUNG, KERIAN – Seorang penduduk di sini, Bidi Wahab menganggap penemuan sebiji kelapa yang mempunyai empat mata sesuatu luar biasa memandangkan kelapa hanya mempunyai tiga mata sahaja.

Menurutnya, dia sendiri langsung tidak menyedari kehadiran kelapa yang baru dipetiknya itu dari kebun berhampiran.

“Biasanya kelapa yang hendak dijual, saya dilonggokkan sahaja di tepi jalan dan setiap longgok ada empat biji. Saya menjualnya dengan harga RM5 selonggok,” katanya.

Bagaimanapun, jualannya langsung tidak dibeli pelanggan dan keadaan itu membuatkannya rasa pelik.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online