Friday 27 January 2012

SBPA DITANGGUH


Skim gaji kakitangan awam yang baru iaitu SBPA telah ditangguhkan sehingga keputusan muktamad tentang skim ini dikeluarkan. Nah!..kakitangan awam yang masih belum berpuas hati tentang skim ini berpeluang melihat skel gaji mereka apabila SBPA dilaksanakan atau dimuktamadkan nanti. Sebenarnya penangguhan ini ada kebaikan tersendiri. Jika dahulu semuanya dilakukan dengan penuh kekalutan, maka setelah skimk ini disemak semula dan ditangguhkan, harapan agar ia akan diterima dengan hati terbuka oleh semua kakitangan awam. Kita tidak mahu lagi mendengar, ada kakitangan awam yang tergesa-gesa menandatangani sehinggakan seperti dipaksa untuk memilih skim ini. Peanangguhan SBPA dilihat sebagai langkah bijak kerajaan untuk menangani ketidakpuasan hati kaitangan kerajaan sebelum pilihanraya ke 13 bermula. Jangan pandang benda ini sebagai perkara remeh kerana kakitangan awam juga punya hati dan perasaan. Jangan berlaku lagi protes pilihanraya sehingga semua kakitangan awam secara senyap memilih untuk tidak mengundi atau memihak kepada kerajaan sekarang. Eloklah skim ini disemak semula. Ambil masa anda untuk memberi kepuasan kepada semua. Biarlah lima atau enam bulan untuk disemak asalkan semua pihak puas hati walaupun kata orang...bukan senang nak puaskan hati semua pihak.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online