Friday 5 August 2011

SALAH SIAPA

Gaya Rambut Yang Perlu Diikuti

Sejak dua menjak ni kita seringkali dikejutkan dengan kejadian yang melibatkan pendidik. Oleh kerana hal-hal yang berlaku ini berkaitan dengan penulis, makanya penulis ingin memberilah sedikit komen atau ulasan. Kes penderaan pelajar di Johor misalnya , harap masalh ini selesai. Bukanya apa, hari ini ibu bapa lebih percayakan anak-anak daripada guru. Bukan tidak boleh percayakan anak-anak, tetapi kita perlu siasat dahulu apa yang berlaku. Kita sedia maklum bahawa pelajar yang dibawa ke kem tersebut merupakan pelajar yang bermasalah disiplin. Sudah tentu kita semua tidak tahu bagaimana masalah disiplin yang mereka lakukan. Tapi pengalaman penulis untuk dua tiga hari ni sahaja adalah berkaitan dengan rambut dan seluar kecil atau sendat. Itu baru di sekolah rendah. Dan, rakan saya di Pahang yang mengajar di Sekolah Menengah lagi hebat. Namanya telah dicatat dalam jamban diconteng oleh pelajar yang tidak puas hati sebab dikenakan tindakan disiplin. Ada ibu bapa ambil berat atau ambil tahu. Kita fikirlah sendiri. Beliau juga baru sahaja membuang seorang pelajar yang mencuri folio Pendidikan Moral ( SPM ) rakan lain , lalu diletakkan namanya. Habis kalau dah terbukti bersalah , betulah tindakanya. Tapi kes ini mungkin kecil pada anggapan ibu bapa seperti di Johor baru-baru ini.

Dan kita juga dikejutkan dengan seorang ustaz yang menoreh kepala anak muridnya. Kita tidak tahu perkara yang sebenar berlaku. Mungkin Ustaz itu bersalah kerana menoreh kepala anak muridnya. Tapi atas alasan apa? Cuba kita bayangkan , anak kita yang dirumah pun tak dengar kata, melawan cakap, menengking ibu bapa dan ikut suka hati sahaja. Maka sudah tentu dekat ustaz atau cikgu lagi la tak diendahnya. Pengalaman saya dengan pelajar-pelajar sebegini cukup banyak. Cakap elok-elok tak didengarnya , sebab ayah dan ibu cakap yang tak berapa elok kat rumah baru didengarnya. Jadi kita fikirlah sendiri.

Seterusnya kes liwat pelajar sekolah tahfiz atau sekolah agama di Baling. kebetulan murid yang diliwat tinggal satu Taman dengan penulis, terkejutlah juga. Usia baru 9 tahun diliwat murid 12 tahun. Sekolah agama la pula tu. Jadi , ini salah siapa. Salah cikgu , ustaz , ustazah lagi kah kerana tidak tahu mendidik. Kalau kita semua tak melentur buluh dari sekarang , buluh yang keras lagi sukar dubentuk sepertimana yang berlaku di Johor baru-baru ini. Bagi saya, kita usah salahkan sesiapa , kita lihat dari sudut positif. Jika saya mahu lepas tangan dengan murid yang tak mahu ikut disiplin sekolah, apa akan jadi dengan mereka apabila ke sekolah menengah nanti dan seterusnya keluar dalam kalangan masyarakat nanti.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online