Wednesday 9 March 2011

Sikap Ibu Bapa terhadap Guru dan Dunia Pendidikan

Belakangan ini saya memberikan perhatian terhadap beberapa isu pendidikan kerana ada beberapa peristiwa yang berkaitan langsung dengan isu ini. Sebagai contoh, baru-baru, ada seorang ibu yang menghantar surat kepada seorang guru di sekolah saya, sepanjang 4 halaman, hanya untuk menyalahkan guru tersebut. Saya berpeluang membaca surat tersebut. Setelah membaca surat tersebut, saya hanya terfikir, bagaimana seorang ibu boleh bersikap begini, dan melihat seorang guru (ustazah sebenarnya) tidak lebih daripada seorang yang mendapat gaji dan dengan gaji itu, mereka mesti memandaikan anak-anak mereka.

Oleh itu, saya kira, salah satu cabaran dalam pendidikan masa kini, datangnya dari sikap dan pemikiran ibu bapa yang berfikiran sekular dan menekankan keduniaan. Kerjaya pendidik sudah dihilangkan 'sisi spiritualnya'. Saya tidak terkejut jika yang datang itu bukan seorang muslim. Tetapi yang menulis 4 halaman surat, tanpa selang, dan bersaiz 10 itu, dan menuduh dengan pelbagai tuduhan liar tanpa asas itu, ialah seorang muslim.

Seorang anak-anak umpama lempung atau tanah liat. Sejak dilahirkan, sebelum menerima pendidikan formal di sekolah, sedikit sebanyak lempung ini telah dibentuk oleh ibu bapa. Selama 5 tahun, misalnya, apakah yang dilakukan oleh ibu bapa, sehinggakan apabila anak-anak mereka masuk ke tahun 1, untuk menghormati guru sendiri tidak tahu. Bagi saya, tugas pendidikan yang terawal, datangnya dari ibu bapa. Bukan dari guru-guru.

Namun, saya kita, jika diberikan kepercayaan, lempung yang sudah mempunyai bentuknya itu, masih boleh dibentuk jika ibu bapa memberikan kepercayaan kepada para guru. Masalahnya timbul apabila ibu bapa seolah-olah tidak percaya. Mereka lebih mempercayai anak-anak mereka, silempung yang belum menjadi bentuknya itu, daripada kejujuran seorang guru. Jadi, bagaimana seorang guru boleh melimpahkan ilmu di atas lempung yang tidak disediakan untuk menampung limpahan ilmu itu? Adakah ilmu akan lekat di atas lempung yang tidak berbentuk?

Saya tidak akan menerima jika guru dipersalahkan. Tidak ada dalam tradisi pendidikan Islam, yang telah membangunkan tamadun-tamadun agung kita - membenarkan guru-guru diperlekehkan sebegitu rupa. Malah, dengan jelas, jika kita tidak menyukai guru itu, atau ilmunya tidak serasi dengan kita, tradisi kita menyuruh kita meninggalkan guru itu. Cari guru yang lain. BUkannya datang dan menghambur guru-guru dengan penuh hinaan.

Hal ini sedikit sebanyak memperlihatkan cara ibu bapa zaman sekarang, berfikir. Mereka melihat guru itu sama tarafnya dengan kerja-kerja lain. Sama saja dengan pekerja kilang yang menjadi operator pengeluaran, biarpun yang ditadbir dan dibentuk oleh seorang guru ialah anak-anak. Jika seorang operator pengeluaran dinilai daripada pretasinya terhadap pengeluaran barang-barang, seorang guru kini dilihat setakat mena melahirkan pelajar yang cemerlang akademiknya. Jika seorang pelajar itu cemerlang akademiknya, tetapi tidak beradab, tidak mengapa. Itu tidak menjadi masalah, kerana ibu bapa mahukan anak-anak mereka cemerlang.

Ibu bapa juga memikirkan tugas guru sangat senang. Berbanding penjawat awam yang lain, guru-guru mempunyai masa bertugas yang paling pendek. Hanya enam jam sahaja. Sesiapa juga boleh menjadi guru. Bagi saya faham seperti ini memperlihatkan sejenis cara berfikir yang pendek dan tidak berhikmah. Memang guru-guru bekerja selama enam jam, tetapi selama enam itu, mereka berurusan dengan manusia. Dan manusia bukanlah robot. Dan tugas guru ialah tugas profesional dan mulia. Tidak semua orang boleh menjadi guru. Apabila ramai beranggapan semua orang boleh menjadi guru, kini lihat, apa yang berlaku terhadap profesion keguruan apabila dijadikan tempat untuk menyelamatkan ramai siswazah menganggur, yang bila menjadi guru, hanya menjadi penjawat awam yang makan gaji. Jika ibu bapa beranggapan menjadi guru itu mudah, sudah semestinya anak-anak mereka cukup beradab dan menghormati guru apabila disekolah. Jika mereka gagal mendidik anak-anak sejak kecil, mengapa mereka boleh berlagak di hadapan guru-guru seolah-olah mereka berjaya menjadi pendidik yang berjaya. Dalam hal ini, perlulah kita menghayati sikap adil yang ditekankan oleh Islam. Jangan berlaku zalim dan bebal.

Mugkin kita ada pandangan sendiri.
Diambil dari blog sahabatku Lutfi Ishak.

4 Comments:

Unknown said...

Parents sepatutnya tak bleh lepas tanggungjawab mendidik anak2.. kehidupan sebenar anak2 adalah hasil dari apa yg idedahkan oleh ibu bapa itu sendiri..

indah.com said...

selalaunya sekolah dalam bandar macam tu lah. waris ego sikit.kalau sekolah kampung tak pa lagi. waris boleh dipujuk-pujuk.Saya banyak kali kena serang ngan waris sebab saya garang

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

mabk.abubakar

Nampak gayanya..itulah yang berlaku zaman sekarang...mungkin parents kejar dunia

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

indah.com
Benda ni boleh berlaku dimana-mana sahaja. Apa yang penting...bukan kita garang...tapi garang yang disayang..garang bertempat tak apa , maslahnya ibu bapa tak paham...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online