Monday 7 March 2011

Pelajar Patah Tangan Kena Belasah

Hari ini kita dikejutkan dengan berita pelajar patah tangan dibelasah rakan. Baca sini. Berlaku di negeri Perlis Indera Kayangan. Pelajar berusia 15 tahun parah dibelasah oleh pelajar lain yang bertindak ala samseng. Bukan waktu rehat atau pun pulang dari sekolah tapi waktu pengajaran sedang berlaku.Bayangkan pelajar hari ini begitu berani. Kerana apa? Kerana sering dimanjakan oleh ibu bapa dan guru juga disalahkan. Jika hal ini berterusan , ibu bapa tidak bersalah , yang bersalah tetap guru di sekolah kerana tidak membuat apa-apa tindakan. Kata-kata bapa pelajar tersebut.

“Saya amat terkilan dengan sikap guru yang tidak mengambil peduli masalah disiplin pelajar sekolah berkenaan serta gagal bertindak melindungi anak saya sehingga teruk dibelasah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat, dekat sini, semalam.



Betulkah begitu? jika betul pelajar sekolah tersebut begitu berani mengheret mangsa turun di depan guru , maka guru sekolah tersebut bolehlah dinaggap sebagai bapa yang pengecut. ataupun samseng-samseng itu anak orang berpengaruh lalu guru tidak mahu campurtangan dalam pergaduhan tersebut. Apa pun , kejadian itu menunjukkan kepada kita bahawa , pelajar hari ini memang kurang 'ajar,...siapa yang bersalah? Jom kita fikir bersama.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online