Sunday 13 February 2011

KERJA CIKGU TAK BEBAN

Melihat tajuk entri saya di atas , ada kaitan dengan saya dan rakan-rakan yang masih mengajar di luar sana. Baru-baru seorang guru katanya dari SABAH yang bernama Mokhtar telah mengeluarkan kenyataan kerja cikgu tidak beban. Malah cikgu boleh lagi buat macam-macam kerja sehinggakan mengabaikan tugas dan tanggngjawab guru. Mungkin cikgu Mokhtar SABAH mengajar sekolah yang pelajarnya 100 orang. Justeru , masa yang digunakan cikgu Moktar Sabah hanya 6 waktu seminggu.
Kalau pembaca nak tahu apa yang dikatakan oleh Mokhtar Sabah klik sini, jadi adakah perkara ini benar?
Anda yang membaca tulisan saya ini sudah tentu merupakan bekas anak murid kepada guru anda. Pernahkah anda melihat guru mempunyai masa seperti yang dinyatakan oleh Mokhtar Sabah itu. Saya sebagai seorang guru baru mengajar 11 tahun , merasakan tugas guru bukan sahaja berakhir di sekolah sahaja. Cuba pembaca lihat koleksi gambar yang saya letak di sini. bayangkan saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas muridnya seramai 42 orang. Purata setiap seorang guru akan mengajar dalam 3 kelas. bayangkan kami perlu menanda buku karangan pelajar yang cukup banayak. Itu baru satu mata pelajaran. Mata pelajaran PJK lagi , Kemahiran Hidup lagi dan lain-lain. Justeru saya sangat hairan kenyataan cikgu mokhtar yang mengatakan cikgu tak terbeban.
Ini buku latihan baru satu kelas dan satu buku daripada empat buah buku latihan.

Kerja cikgu bukan seperti kerja di pejabat. Kerja kami melibatkan manusia. Bayangkan kerja untuk esok perlu dipersiapkan hari ini. Sebelah malam atau siangnya , buku-buku perlu di tanda. Aktivti ko-kurikulum sehingga petang. Siapa kata guru boleh pulang awal? mungkin zaman dahulu , tapi sekarang guru pulang paing awal pukul 2.00 petang. Jadi anda semua tahu guru hari ini bukan seperti yang cikgu mokhtar sabah katakan. Guru-guru dikatakan mempunyai cuti yang panjang. Sedarkah kita semua , cikgu dipanggil untuk bertugas semasa cuti. Malah cikgu juglah yang akan menjadi pengawas peperiksaan SPM, STPM dan lain-lain. Jadi , bilakah masa cikgu bercuti. Sudah tentu , ada keluarga yang mengharapkan bapa , emak dan anak-anak yang jadi cikgu bercuti bersama. tapi , itulah realitinya. mungkin cikgu Mokhtar Sabah , perlu keluar dari Sabah dan jenguk ke Kuala Lumpur , Selangor dan negeri-negeri lain.

Kepada pembaca semua, anda pernah belajar dan beban tugas yang diberikan oleh cikgu sentiasa ada. Hanya yang bersyukur tahu bagaimana kerja seorang guru. Justeru, kalau benci dan dengki sekalipun terhadap jawatan guru , usah membuat kenyataan seperti budak tak masuk kelas tadika. Terima kasih cikgu!!!!!

Disini maklum balas kenyataan CIKGU MOKHTAR Sabah.

2 Comments:

cik chocomint said...

choco bakal guru..cam lec cakap, guru nih bkn stakat ngajar..bnyk bebanannya..

Anonymous said...

Kokomint...sebenarnya apa yang kita belajar kat maktab atau universiti hanya 10 peratus ja untuk jadi cikgu, yang lainya akankita dapat masa kita dah posting nanti. Masa tu baru kita tahu, guru ni tak beban.

Anjungsena

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online