Friday 21 November 2008

PPSMIBM

Keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. Setiap tahun ada peningkatan. Tidak kiralah lulus atau gagal seeorang pelajar itu, yang penting ada peningkatan. Apa yang saya ingin bincangkan dalam entri ini ialah berkaitan isu PPSMI yang dikatakan berjaya. Berjaya berdasarkan keputusan peperiksaan. Mudah benar kita membuat kesimpulan. Melalui seorang kenalan yang bukan seorang guru mengatakan PPSMI tidak berjaya tetapi PPSMIBM yang berjaya. Maksudnya pengajaran sains dan matematik dalam bahasa InGGeris dan Bahasa Melayu yang berjaya. Pada mulanya saya sebagai guru nak tergelak juga. Tapi bila difikirkan kembali ada kebenaranya. Kalau PPSMI berjaya , semua murid jawab dalam Bahasa Inggeris , tapi kajian menunjukan ramai yang menjawab dalam Bahasa Melayu. Kalau kita hitunglah berapa ramai yang gagal kerana jawab dalam BM.
Selain itu, BM ( Bahasa Melayu ) menjadi caca merba. Dah dicampur dengan BI ( Bahasa Inggeris ). Justeru pendapat rakan saya kiranya boleh diterima. Malah , saya sebagai guru dapat menilai tahap murid. Cikgu-cikgu yang lain pun sama la juga. Lebih kenal murid dari mereka yang berda dalam bilik ekon. Ada guru yang pelik bin hairan, bagaimana murid yang setiap kali ujian tidak pernah mendapat A atau B , seringkali dapat C boleh skor A sains dan Matemati. Kemudian , ada mulut celupar yang kata. Habis tu .... markah 60 % boleh dapat A. Dah tentu yang dapat 30% boleh dapat C. Fahamlah saya , ungkapan rakan saya itu. Markah lulus A diturunkan mengikut aras soalan tahun ni. Klau macam tu PPSMI saya rasa tak berjaya.
Maka di sini PPSMI kalau boleh ditukarkan kepada PPSMIBM . Baru la kena. Ada kawan saya kata, mengajar dengan bahasa ibunda lebih memudahkan pelajar memahami sesuatu topik. Dia kata lagi , tak pernah pun dia belajar Sains dan Matematik dalam BI , tapi kalau dicampak dia ke Amerika ka , ke London ka , dia mampu hidup dan boleh berdikari. Maksudnya , dia faham Bahasa Inggeris walaupun sedikit. Biasalah cikgu ada mengajar Bahasa Inggeris dulu. Bukan belajar Mat dan Sains dalam BI. Jika difikirkan apa yang dikata, saya pun sama Dengan dia. Saya pun bukanlah pandai sangat BI , tapi kalu dicampak ke negara orang putih yang cakap BI , tak dak masalah rasanya. Kesimpulanya , betul ka PPSMI berjaya. Jangan kerana nak menyedapkan hati...kita terpaksa berkata yang tidak benar. Keapa guru-guru PPSMI , jangan pegang kepada sikap ego kita yang akan memusnahkan bahasa kita sendiri.
Kawan saya kata lagi laaa.. PPSMI tak berjaya pun...la ni depa dok takut pasai sajak kematian.. laaa pulak... pekara yang menentukan hala tuju anak bangsa tak kalut, yang dok pi kalut pasai sajak kematian .. la ni banyak hantu kat dalam TV , tak hingaq la pula. Setiap manusia akan mati...kawan saya kata.
Saya kata... jangan sebut kalau tak boleh. jangan buat kalau tak mampu , jangan dan jangan... jaga hatii.....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online