Monday 14 July 2008

SALAH SAMBUNG BELAJAR


Saya amat tertarik dengan kenyataan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia baru-baru ini mengenai kesilapan guru sekolah rendah yang menyambung pelajaran terutamanya guru Bahasa Melayu. Beliau menyalahkan guru Pengajian Melayu yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Geografi sehinggakan tidak mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran. Justeru, di sini saya ingin memberi pandangan mengenai masalah dihadapi guru Bahasa Melayu dan Pengajian Islam yang selama ini terlepas pandang oleh Kementerian sendiri. Sedar atau tidak , Guru Bahasa Melayu dan Pengajian Islam kebanyakkan menyambung pelajaran dalam bidang yang bukan berdsarkan ikhtisas mereka. Hal ini berlaku kerana tiada ruang untuk mereka menyambung pelajaran dalam bidang yang sama.


Saya berharap Kementerian Pelajaran membuat kajian terhadap perkara ini sebelum menyalahkan guru terutamanya guru Bahasa Melayu yang tidak mempunyai pilihan dalam melanjutkan pelajaran selain mengambil bidang yang bersesuaian dengan kelayakan sijil akademik. Kebanyakan guru yang menyambung pelajaran adalah secara pendidikan jarak jauh majoritinya terdiri daripada guru Pengajian Melayu dan Pengajian Islam. Jika diajukan soalan kepada guru tersebut, jawapan yang diberikan hampir sama. Mereka menyatakan tiada tempat untuk kami menyambung pelajaran dalam Pengajian Melayu. Malah satu ketika dahulu, guru yang ingin menyambung pelajaran perlu memilih bidang selain Bahasa Melayu dan Kes usasteraan Melayu.


Hal ini berbeza dengan guru dalam bidang Sains dan Matematik. Banyak tempat disediakan kepada guru-guru opsyen ini untuk melanjutkan pelajaran. Justeru, bolehkah guru Pengajian Melayu memilih bdang Sains, sedangkan setiap tahun ruang untuk melanjutkan pelajaran dalam opsyen yang sama terhad.Kebanyakan guru Pengajian Melayu melihat perkara ini sebagai satu perkara yang positif kepada mereka. Melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mendapat kebenaran daripada jabatan adalah alternatif lain sebelum mendapat peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama opsyen. Sedar atau tidak setiap tahun guru sekolah rendah yang melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan universiti yang menawarkan bidang sastera menjadi pilihan guru sekolah rendah untuk melanjutkan pelajaran.Justeru adalah diharapkan segala pergorbanan guru Pengajian Melayu dan opsyen lain mendapat perhatian seperti guru Sains dan Matematik. Selain itu, sepatutnya pihak kementerian menyedari perkara ini sejak diperkenalkan Program Khas Pensiswazahan Guru ( PKPG ), pembelajaran bersama Open Universiti dengan keterlibatan guru Pengajian Melayu.Pada waktu itu, bidang Sains dan Matematik diutamakan. Maka disini, berlakulah pembaziran kepada sesebuah sekolah kerana guru yang pakar dalam bidang Bahasa melanjutkan pelajaran dalam bidang Kemahiran Hidup,Kaunseling, dan Pendidikan Moral. Perkara ini berlaku setiap tahun kerana Guru Bahasa Melayu yang sudah lama mengajar terpaksa memilih opsyen yang lain kerana peluang melanjutkan pelajaran dalam opsyen yang sama tidak menjadi keutamaan kementerian.


Oleh itu, sebagai kesatuan yang menjaga kebajikan guru, saya berharap kesalahan atau kesilapan guru Pengajian Melayu memilih bidang Geografi, Sejarah dan Sastera tidak diletakkan atas bahu guru terbabit sepenuhnya. Membuat kajian sebelum membuat tindakan adalah perkara yang lebih baik sebelum guru-guru Pengajian Melayu terus dirundung malang.
p/s: Penulis guru Bahasa Melayu.

2 Comments:

Anonymous said...

Well for me its better to be more realistic.

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

well i think so, to be more realistic u have to think the other site.don,t be a selfish....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online