Monday 14 July 2008

SAMBUNG BELAJAR RUGI ?

Sebagai seorang yang cintakan ilmu sudah tentu keinginan untuk melanjutkan pelajaran ada pada seseorang guru. Namun persoalan yang sering menjadi kemusykilan guru-guru hari ini adalah untuk mendapat imbuhan daripada pengorbanan tersebut. Terdapat ramai guru-guru hari ini yang rasa tertipu setelah penat lelah menghabiskan pengajian. Apakah puncanya? Bagi seorang guru yang mengajar selama 8 atau 9 tahun, merupakan tahun-tahun terakhir untuk memohon "Timebased" DGA32. Justeru bagaimana pula dengan guru-guru yang melanjutkan pelajaran secara penuh masa atau PKPG. Setelah lulus diberi kenaikan pangkat ke DG41, memang nampak untung. Tetapi dengan hanya 2 tahun lagi untuk mendapat DGA32, guru-guru ini sebenarnya boleh lah dikatakan mengalami sedikit kerugian. Bagi yang memikirkan seperti itu, sudah tentu mengalami kerugian.
Kita harus melihat dari sudut positif, guru DG29 yang dilantik ke DG41. Untuk kenaikan pangkat ke DG44, pengalaman mengajar dilihat. Justeru keuntungan guru-guru DG29 yang mendapat kenaikan pangkat lebih awal daripada guru DG32 yang mendapat kenaikan pangkat .
Bagi guru-guru lepasan pertama KDPM sedikit rugi kerana posting pada tahun 2000, sedangkan tamat belajar pada tahun 1999. Malah ada guru-guru KDPM posting pada tahun 1999 dilantik pada tahun 2000. Jika tidak, tahun ini adalah tahun terakhir mereka berada di DG29.Justeru, untuk guru yang masih belum sambung belajar, fikir-fikirkanlah untuk mendapat yang mana satu. Bagi penulis sendiri, mana yang datang dahulu, penulis akan pergi. Penulis telah habis belajar dan akan memohon DG41 dan dalam masa yang sama boleh memohon DG32. Jadi , mana yang datang dahulu, penulis terima. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku.
Penulis juga telah memohon guru cemerlang DGA32 pada tahun 2007. Sehingga kini keputusan masih belum diterima dan pada tahun ini penulis juga memohon guru cemerlang DG32. Kepada guru-guru yang telah berjaya mendapat apa yang diidamkan.Tahniah diucapkan.
p/s: Penulis telah mendapat APC pada tahun 2004. Menjadi Jurulatih utama Bahasa Melayu Daerah Klang semasa di selangor dahulu. Kemudian pada tahun 2006 telah dilantik menjadi Jurulatih Utama Negeri Selangor . Namun tiada rezeki di selangor setelah pulang ke Negeri Kedahpada tahun 2007. Jadi guru biasa sahaja, senang !!!!

2 Comments:

Anonymous said...

Macam kaciwa saja. Apa pon berpegang tegohlah pada " rezeki adalah ketentuan Ilahi" biar segagah manapon kita bertongkos lomos, tetapi ketetapanNya belum masanya untuk kita, kita tak akan mendapatnya.
Ingatlah sahabatku,
Allah menyukai orang-orang yang selalu meminta-minta kepadaNya.
Allah selalu menguji orang-orang yang disayangiNya.
Allah membenci hambaNya yang cepat berputus asa.
p/s : Sembahyanglah anda di belakang imam sebelum anda disembahyangkan di hadapan imam.

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

tak kecewa pun..tapi frust sikit ja. kalau apa yang kita nak, kita idam-idamkan tak dapat, perasaan marah tetap ada. tapi bagi saya, mana yang dapat rezeki masing-masing le.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online