Thursday, January 28, 2010

100KM SEHARI

Tahun 2010 merupakan tahun yang sungguh mnecabar. Kenapa saya berkata demikian...? Setiap pagi saya memecut kereta mengalahkan Michael Shumacer..meredah gelap gelita. Setiap pagi mengomel pada pemandu yang bawa kereta macam kura-kura. Hampir setiap hari....kenapa saya berkata demikian?

Rumah saya di Sungai Petani..mengajar di Kulim Hi-Tech, pergi dan balik jumlah kilometer yang ditempuh hampir 105 km. Sangat, dan tersangat penat...pernah sekali terlanggar anjing walaupun anjung itu sebenarnya dilanggar kereta lain terlebih dahulu. Sekolah bermula pukul 7.30 pagi. Saya tidak suka menjadi orang yang terakhir sampai. Justeru, hampir setiap pagi memecut...bahaya ? memang la bahaya...tapi..PPD masih memerlukan khidmat ..saya terpaksa hadapi...beginilah nasib saya tahun 2010 ini. Cikgu....terima saja lah...mungkin ada rezeki lain yang kita tidak ketahui...

Friday, December 11, 2009

TERBEBAN ATAU DIBEBAN

Melihat entri di atas , sudah tentu kita semua pernah melalui perkataan tersebut. Tidak kira apa pun pekerjaan kita sudah tentu kita semua melaluinya. Cuma , bagaimana kita menangani masalah bebanan tersebut. Justeru melalui laman ini, saya ingin kongsi pengalaman terbeban atau dibeban dalam bidang perguruan atau pendidikan.

Sebagai guru dan ramai lagi pengajar di luar sana tidak kira daripada peringkat Pra Sekolah hinggalah ke Peringkat Doktor Falsafah di Universiti kita semestinya terbeban dan dibeban. Setiap murid adalah bebanan kepada kita. cuba bayangkan bebanan yang akan ditanggung oleh guru sekolah yang kelasnya dipenuhi 42 orang murid. Sudah tentu 42 bebanan yang ditanggung. Ini adalah bebanan biasa kepada guru kerana murid adalah tanggungjawab guru. Bebanan ini adalah amanah yang perlu dijaga sehingga bebanan ini akhirnya berjaya dan berguna kepada bangsa dan agama.

Namun begitu, kepada pembaca yang belum menjadi guru dan berniat menjadi guru , anda baca lah enti ini dengan kritis. Selepas itu buat penilaian dan amati betul-betul , perlukah aku menanggung bebanan sehingga terbeban. Sudah berkali-kali kita mendengar , guru dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian di sekolah. Guru perlu mengisi borang, perlu menyediakan PLBS , perlu menyediakan Headcount, perlu mengisi kad 001, perlu menerajui Panitia, perlu menyediakan laporan itu dan laporan ini, perlu mengambil kedatangan murid dan berbagai-bagai lagi yang perlu guru lakukan. Ya, itu memang kerja guru. Jika ada guru di Malaysia yang tidak pernah melakukan kerja yang saya nyatakan , maka guru itu bukanlah seorang guru yang sebenarya. Setelah tamat latihan perguruan , kita dipostingkan ke sekolah.. justeru bersedialah melakukan kerja-kerja tersebut. Mengapa penulis berkata demikian?

Sudah menjadi kelaziman guru melakukan perkara tersebut. Namun yang menjadi terbeban dengan kerja-kerja mengisi borang adalah kerana tiada perancangan dan guru yang sama sahaja melakukan perkara tersebut. Saya percaya, setiap sekolah mempunyai guru dan murid yang seimbang. Sekiranya jumlah murid di sebuah sekolah berjumlah 1200 orang suah pasti guru sekolah menjangkau 70 atau 80 orang. Nah..jumlah ini memang mencukupi bagi menjalankan kerja-kerja yang dikatakan perkeranian. Tetapi jika diamati kerja-kerja mengisi borang dan lain-lain lagi dilakukan oleh guru yang sama. Sudah tentu kerja tadi menjadi bebanan dan terbeban kepada guru tersebut. Cuba kita bayangkan ada guru yang langsung tiada jawatan berat di sekolah berbanding guru yang dibebankan dengan kerja pengajaran dan kerja perkeranian.

Cuba kita lihat, kepada guru-guru yang tidak diberi kelas seperti guru Pendidikan Islam , Guru Bahasa Inggeris dan Guru mata pelajaran yang lain. Guru-guru ini kebanyakkan tidak pernah memegang kelas kerana dasar ini telah berlaku sejak sekian lama. Mungkin guru-guru agama dan guru BI mengajar waktu lebih banyak daripada guru mata pelajaran lain sehinggakan untuk memegang kelas tidak boleh diberi kepada mereka. Tambahan pula kerja dalam bidang HEM, Kurikulum dan Ko-kurikulum juga tidak dibebankan kepada mereka. Mungkin kerana mereka perlu menjayakan aktiviti panitia mereka berbanding guru-guru mata pelajaran lain. Saya membayangkan jumlah guru yang ramai tetapi kerja -kerja dibebankan kepada guru BM, MAT, SAINS , MUZIK DLL. Ini lah perkara yang perlu pentadbir perbetulkan. Kerja harus diagihkan secara saksama memandangkan pengalaman adalah penting pada masa hadapan.

Selain itu, kepada guru baru seperti penulis, tidak perlulah kita menolak jawatan yang diberikan kepada kita. Namun begitu, kita juga punya hak untuk bersuara sekiranya kita sahaja yang dibebankan dengan tugas yang banyak. Duduk berbincang dengan pentadbir untuk menyelesaikan perkara tersebut. Pengalaman yang kita peroleh semasa menjadi guru amat penting kerana semasa menjadi pentadbir kita pernah melalui semua perkara yang saya nyatakan tadi. Jika kita menolak jawatan yang diberi, kita rugi dengan pengalaman. Justeru itu, kenyataan Pengarah Pelajaran bahawa guru baru harus mengambil pengalaman semasa bertugas adalah perkara yang perlu kita jadikan ingatan.

Terbeban atau dibeban memang tugas guru. Namun , perkara itu dapat diselesaikan dengan membuat kajian terlebih dahlu. Usah kita menyalahkan sistem yang kita laksanakan tanpa membuat kajian. Ingin saya bertanya...adakah anda sebagai seorang guru akan ke sekolah membawa buku P&P , masuk kelas dan mengajar sahaja?Adakah anda ingin ke sekolah tanpa adanya aktiviti kokurikulum? Adakah anda ingin ke sekolah tanpa perlu mengisi markah peperiksaan? Adakah anda mahu ke sekolah tanpa perlu melakukan apa-apa selain mengajar sahaja? Justeru, polemik guru dibebankan dengan tugas perkeranian adalah perkara biasa, cuma kita perlu mengurangkan bebanan tersebut agar tugas utama sebagai guru iaitu mengajar dapat dilakukan dengan baik. Penulis mohon maaf sekiranya terdapat perkara yang boleh menyinggung perasaan guru yang membaca, tetapi inilah realiti yang penulis alami setelah mengajar di dua sekolah dan di dua buah negeri yang berbeza. Ungkapan keramat guru." "Terima Kasih Cikgu"

Tuesday, November 24, 2009

SEKOLAH KEBANGSAAN ATAU SJKC ?

Selepas keputusan UPSR diumumkan baru-baru ini , berbagai polemik tentang keputusan keluar dari mulut orang ramai. Begitu juga pak-pak menteri di parlimen dan pak-pak menteri di kedai kopi. Apa yang pasti, keputusan dah diumumkan. muktamad tiada lagi perubahan walaupun terdapat keraguan di empat buah sekolah di Sabah. Apa yang ingin penulis ingin perkatakan di sini Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan yang lebih baik?



Jika kita tengok surat khabar beberapa hari ni, banyak pihak mengatakan kita perlu meniru cara sekolah Cina dalam mencapai keputusan peperiksaan. Bagi penulis , mungkin ada kebenaranya pernyataan tersebut. Di sini sebagai seorang guru , penulis cuba membandingkan apa yang penulis dengar melalui kawan-kawan yang mengajar di SJKC sewaktu berada di Pelabuhan Klang dan Pandamaran dahulu.



SK dan SJKC sangat-sangat berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekolah Cina sangat mementingkan akademik. Buku latihan usah dibandingkan dengan SK, seminggu sahaja buku latihan pasti habis. Berbanding SK , jika diberi latihan yang banyak, maka ibu bapa akan memarahi guru. Ini realiti kerana pengalaman ini berlaku kepada saya. SJKC kebiasaanya memberi latihan yang banyak kepada murid, terutama dalam Matematik dan Sains. Kerana apa? SJKC lebih mementingkan kurikulum berbanding kokurikulum.Apa yang mereka tahu ialah belajar, belajar dan belajar lagi.

Walaupun begitu, saya tetap dengan pendirian saya yang SK lebih bagus dan hebat daripada SJKC. Hal ini kerana SK melaksanakan dasar yang diinginkan oleh kerajaan ataupun Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, SJKC menggunakan Bahasa Ibunda mereka dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Malahan SJKC lah yang menentang sekeras-kerasnya dasar PPSMI berbanding SK. Justeru, adakah SK lebih hebat kerana menggunakan Bahasa Inggeris? Selain itu, kita tidak pernah dengar murid-murid SJKC yang bijak-bijak akan ke SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN apabila memasuki alam persekolahan SMK. Mereka akan ke SMJKC kerana apa? kerana mereka sukar untuk mengikuti mata pelajaran dalam BM dan BI. Yang pergi ke SMK harian terdiri dari kalangan murid-murid yang lemah dan perlu ke kelas peralihan. Justeru, bagaimanakah boleh dikatakan SJKC lebih hebat dan bagus dalam pendidikan?

Penulis yang berada di SK saban tahun sibuk dengan aktiviti kokurikulum , sepanjang tahun ada saja pertandingan yang perlu disertai. Malahan guru SK sangat sibuk dengan pertandingan - pertandingan yang dianjurkan sendiri oleh KPM kerana kita hendak memperolehi pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi , rohani dan intelek. SK benar-benar mengikut Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka denga itu, SK sangat-sangat sibuk dalam bidang selain akademik. Berbeza dengan SJKC, peringkat MSSM , pasukan bola sepak bawah 12, 15 dan 18 yang menjuarai terdiri daripada murid-murid SK. Saiapakah yang emlatih murid-murid ini sedari peringkat sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan? Begitu juga sukan yang lain, sehinggakan jarang kita dengar SJKC menjadi johan dalam pidato piala diraja dan sebagainya. Justeru, sekalin lagi penulis tetap mengatakan SK lebih hebat dalam melaksanakan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. SJKC hanya mementingkan akademik, justeru keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik menunjukkan mereka lebih hebat. Kita perlu akui ini semua kerana terdapat SJKC yang mempunyai dana sehingga berjuta ringgit berbanding SK yang mengharapkan bantuan kerajaan. Lagipun , jarang-jarang kita dengar SJKC berada dalam hutan atau perlu meredah sungai. Adakah SJKC seperti ini? berbanding SK yang sememangnya berada di ceruk-ceruk kampung.

Kita juga perlu melihat bagaimana pentadbiran SK dan SJKC sebelum mengeluarkan kenyataan yang sememangnya mengguris hati guru-guru SK. Saya belum pernah jumpa atau mendengar guru yang terdiri daripada bangsa lain yang menjadi Guru Besar di SJKC. Hal ini berbeza dengan SK bilamana kita boleh melihat berlambak-lambak guru terdiri daripada kaum Cina , India dan lain-lain menjadi pentadbir. Justeru, saya tetap mengatakan bahawa SK adalah yang terbaik dalam memupuk perpaduan.

Biar apa yang orang berkata mengenai SK , membandingkan SK dan SJKC atau SJKT adalah tidak adil kepada mereka yang terlibat. Apa-apa pun kita perlu selidiki dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Jika benar apa yang dikata , saya pohom maaaf kepada mereka yang memang mahir dalam bidang pendidikan berbanding penulis yang baru mula nak kenal dunia pendidikan ini.

Thursday, November 12, 2009

HARI-HARI AKHIR PERSEKOLAHAN

Melihat entri di atas..terbayang tempat cuti yang menarik. Kita terbuai-buai dengan keindahan pantai. Termimpi-mimpi kampung halaman. Terkenang-kenang wajah yang disayang. Berjanji makan angin dengan anak-anak. Malah berehat sebentar menjerit , memulihkan halkum, mengubati jiwa, merehatkan minda dan mulut daripada bercakap.Tapi....boleh atau tidak bayangan ini semua....Cikgu...

Tak terfikir kelas bimbingan berfokus bulan Disember . Hilang keindahan pantai.....
Tak terbayang pun kena jadi pengawas SPM, STPM. Anak-anak geram sesab tak kemana.....
Tak disangka kena datang jaga sekolah selama dua hari. Ingat cuti terus tak tengok sekolah....
Tak tahu..sebab tak dapat tukar balik kag halaman. Dok fikir kenapa kabel kena potong.....
Tak pernah menduga nak rehat minda, nak rehat mulut. Masih kena kerja....
Tak apa lah ...kita kadang-kadang tak terfikir ini semua apabila di Hari-Hari Akhir Persekolahan...

Kepada semua Cikgu...bekerjalah ...tidak ada cuti pun bagi kita. Berehat sekejap jiwa, hati, mulut daripada karenah pelajar sebelum 2010 menjelma.

Monday, October 12, 2009

BULAN BAHASA

Tahukah anda Bulan Oktober ini adalah bulan bahasa?

Mungkin ada yang berkata ya, atau ramai yang berkata tidak tahu...bukan disebabkan saya mengajar Bahasa Melayu lantas mengajak orang ramai mengingati Bahasa ibunda kita. Sayang sekali terdapat rakan-rakan yang mengajar mata pelajaran selain BM begitu sinis dan menjengkelkan apabila bertanya mengenai BM. Walhal, setiap rakyat Malaysia perlu belajar BM dan lulus Bahasa. Justeru , saya dapat mengatakan bahawa Bulan Bahasa Kebangsaan di negara kita amat suram dan kelam...berbanding dengan kempen-kempen pelancaran yang lain.

Selain itu, ramai yang tidak mengendahkan Bulan Oktober ini sebagai bulan Bahasa. Kerana apa?
Pihak yang melancarkan Bulan bahasa Kebangsaan perlu sedar bahawa bulan Oktober sehingga Disember merupakan bulan peperiksaan bagi kebanyakan sekolah. Bukankah yang melaksanakan aktiviti berkaitan dengan bulan Bahasa biasanya melibatkan institusi pendidikan. Jika kita ingin melihat pihak swasta atau pun badan berkanun yang lain menjayakan bulan bahasa kebangsaan ..jangan bermimpi dan boleh dikira dengan jari. Pelajar kita sibuk dengan PMR, SPM dan STPM.Begitu juga dengan guru-guru yang mengajar. Justeru bagaimana Bulan Bahasa ini dapat diaplikasikan dengan berkesan?

Bulan Bahasa yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri akan berlalu begitu sahaja. Mengapa saya berkata demikian? Jika perkara yang melibatkan BM , orang Malaysia yang berbangsa Melayu sendiri pun endah tak endah sahaja. Maka dapatlah dikatakan bahawa hanya bulan sahaja yang berbahasa....kerana manusia tidak tahu bulan ini bulan apa?

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Di kesempatan ini Penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin. Sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan dalam menulis selamai ini ataupun menyinggung mana-mana pihak..selamat hari raya...

Saturday, September 5, 2009

TIDAK SANGKA

Melihat tajuk di atas mungkin pembaca sekalian mengatakan tidak sangka apa? Justeru penulis ingin menceritakan sedikit mengenai kejadian yang tak disangka-sangka. Duduk bermuhasabah diri di bulan ramadan ini kadang-kadang mengundang kesedihan kepada penulis. Hal ini semuanya berkaitan dengan kejadian yang tak disangka.Sebagai seorang guru, penulis bekerja dengan amanah yang diberikan. Justeru, penulis bekerja seperti diarahkan, macam biasa dan tidak pernah mengharapkan sesuatu daripada sesiapa.
Ceritanya begini...salah seorang rakan penulis memberitahu..dia telah dibomohkan oleh rakan sekerjanya sendiri dan paling mengejutkan rakan baik di sekolah. Rakan saya menyatakan selama ini isterinya asyik keluar masuk hospital. Kenapa? kalau isterinya mengandung pun tak kan masuk hospital sampai sebulan. Lalu rakan penulis pun berikhtiar berubat cara tradisional setelah sebulan isterinya masuk keluar hospital. Alhamdulilah..isteri rakan saya beransur baik daripada penyakit yang mengacaunya selama ini. Apa yang mengejutkan..dan tidak disangka kerana penyakit yang dialami isteri rakan saya adalah perbuatan rakan sendiri. Kononya ditujukan kepada suami tetapi terkena kepada isteri. Justeru, rakan saya pun cuba melihat dirinya..apa yang tidak disangka...rakan sendiri yang iri hati , dengki dan vermacam-macam lagi terhadap dirinya selama ini.
Bagi penulis yang juga seorang guru dan mungkin pembaca juga bekerja, maka hari ini kita tidak boleh mempercayai sepenuhnya rakan kita. Sungguh..saya berkata demikian kerana hati manusia kita tidak dapat telah. Kepada semua, bekerja lah seperti biasa..sekiranya anda mengharapkan sesuatu dengan cara yang salah..maka anda akan dilaknat oleh Allah s.w.t. . Berhati-hatilah pada zaman ini manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita.Kepada yang belum bekerja....jangan mengharapkan sesuatu dengan kuasa sihir kerana Allah lebih berkuasa

Pesan penulis sekali lagi...berhati-hati kerana rakan sendiri boleh menghancurkan diri anda kerana kejayaaan anda. Dengki , iri hati adalah sifat manusia. Cuma bagaimana manusia menyalurkan cara iri hati dan dengki itu yang menyebabkab manusia murtad. Nauzubillah...

 

blogger templates | Make Money Online