Trak ini dikatakan termahal di dunia. Dimiliki oleh Sultan Johor. Menjadi satu kebanggan kepada kita kerana trak termahal ini akan berada di bumi Malaysia. Selepas ini, rakyat Johor akan dapat melihat trak ini secara lebih dekat.
Berita mengenai trak termahal dimiliki oleh sultan Johor. Sumber Sinar Harian
MELBOURNE - AUSTRALIA. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
mencapai impiannya memiliki trak 'Mack' termahal di dunia, pada majlis
penyerahan yang diadakan di King George Square di pusat perniagaan
Brisbane hari ini.
Trak Mack di Australia |
Trak mewah yang mengambil masa setahun untuk disiapkan di ibu pejabat pengeluar Wacol, di barat daya Brisbane.
Menurut laporan ABC News, trak itu memiliki beberapa keistimewaan termasuk enam kamera litar tertutup, dua set televisyen berskrin rata, ruang dapur, barbeku, katil kelamin dan kerusi bersulamkan 72,000 jahitan benang emas.
Trak Mack Milik Sultan Johor |
Ia juga mempunyai perhiasan hud harimau bersadur emas.
"Ini impian beta," titah baginda mengenai trak mewah itu.
Harga trak itu dirahsiakan, tetapi harganya kini dipercayai lebih mahal berbanding sebelum ini yang bernilai A$481,000 kerana ditempah khas.
Baginda gembira dengan hasil akhir trak itu.
"Beta sentiasa menghargai kemahiran kejuruteraan Australia dan mengumpul beberapa kereta Holden sejak beberapa tahun lepas.
"Beta tidak sabar untuk mempamerkan hasil buatan ini kepada rakyat Johor sebaik sahaja trak mewah ini dibawa masuk," titah baginda.
Sultan juga menitahkan trak mewah itu menunda bot berkuasa tinggi baginda ke seluruh negeri dengan lokasi pertama pemanduan pada acara larian amal hujung bulan ini. - Bernama
0 Comments:
Post a Comment