Bas Tanpa Pemandu |
Beranikah anda menaiki bas tanpa pemandu. Itulah yang diperkenalkan sebuah syarikat pengeluar bas di negara China. Pengeluar bas tersebut telah mengundang wartawan bagi merasai menaiki bas tanpa pemandu itu. Ujian dilakukan di jalan tol 32 di Zhengzhou.
Anda boleh melihat rakaman video yang dirakamkan oleh wartawan melihatkan bas itu dikendalikan tanpa pemandu. Kelihatan pemandu duduk sambil melihat para penumpang juga duduk dalam keadaan tenang sahaja.
Menurut pengeluar bas itu, Yutong, bas tersebut dilengkapi dengan dua kamera, empat radar laser, satu set radar gelombang milimeter, dan sistem navigasi bersepadu. Teknologi canggih tersebut mampu melakukan kawalan yang sangat rumit, seperti menukar laluan, memotong kereta lain, serta memberi respons terhadap lampu isyarat.
Ini seolah-olah bas pertama tanpa kawalan. Memakan masa tiga tahun bagi Yutong untuk menghasilkan bas tersebut. Bas ini telah beberapa kali dilakukan ujian sebelum dibenarkan berada di atas jalan. Bagi memastikan bas ini benar-benar sempurna dan selamat.
Justeru, jika anda berani menaiki bas tanpa pemandu, kita tunggu bas ini datang ke negara kita. Lalu kita cubalah merasai pengalaman menaiki bas tanpa pemandu. Ingin melihat kenderaan ini diuji...klik bas tanpa pemadu.
0 Comments:
Post a Comment