Saturday, 26 July 2014

Dunia Bawah Tanah Gaza Palestin

Penggunaan terowong di Gaza bermula kira-kira satu setengah dekad yang lalu di sempadan dengan Mesir, untuk menyeludup senjata ke Gaza di bawah keselamatan sempadan Pasukan Pertahanan Israel (IDF), kata seorang penganalisis pertahanan Timur Tengah.

Dalam waktu yang singkat, selain untuk menyeludup senjata, pengendali terowong mula mengimport pelbagai barangan keperluan warga, seperti disampaikan Dr Eado Hecht. Hecht adalah seorang penganalisis pertahanan bebas dan pensyarah doktrin tentera di Begin-Sadat Center for Strategic Studies di Bar Ilan University.

Menurutnya, selepas Israel menarik diri dari Gaza, jumlah terowong penyeludup meningkat dari puluhan menjadi ratusan seiring dengan semakin banyaknya warga Gaza yang terlibat dalam perniagaan menguntungkan ini.

Mengesan terowong memerlukan pengesanan pintu masuk tunel atau melihat tunel itu sendiri dengan alat akustik, seismik atau radar.

Bahkan setelah sebuah terowong dikesan, orang tidak lantas mengetahui laluan pasti terowong itu.
tunel

"Untuk menyembunyikan terowong dari perisikan Israel, pintu masuk biasanya terletak di tingkat dasar rumah, masjid, sekolah atau bangunan awam yang lain," kata Eado.

Menggali terowong adalah proses yang lama dan berat, biasanya memakan masa beberapa bulan kerana dilakukan dengan tangan.

Pasalnya menggunakan alat penggali bertenaga motor akan membuat suara bising yang boleh didengar oleh Israel.

Terowong yang digali Hamas biasanya sedalam 20 meter jadi sangat sukar dikesan.

Untuk mencari terowong, Israel harus mempunyai maklumat risikan dari Gaza atau mereka harus masuk dan mencari sendiri dari rumah ke rumah.

Menghancurkan sebuah terowong adalah operasi yang panjang dan kompleks dan hanya boleh dilakukan dengan tepat dengan data pasti dan terperinci mengenai laluan serta kedalamannya.

Sumber: Kompas.com

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online