Sunday, 13 October 2013

Mtosikal Honda EX5 Harga RM200


KULIM - Gara-gara membeli motosikal dengan harga RM200, seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Desa Impian, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika serbuan dibuat Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, suspek berada dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan menemui alat ganti motosikal jenis Honda EX5 yang sudah dileraikan di dalam beberapa bilik tidur di dalam rumah itu.

“Dari pemeriksaan dijalankan kami mendapati motosikal yang ditemui itu dilaporkan hilang dan laporan polis dibuat di Kulim.

"Kami telah mengenal pasti motosikal yang digunakan ini sejak dua bulan lalu. Dari maklumat diterima motosikal digunakan suspek dicuri namun, kesemua alat gantinya telah di tukar baru atau disalin," katanya.

Ghuzlan berkata, pihaknya percaya suspek ada menjalankan kegiatan merungkai motosikal curi dalam rumah.

"Suspek di bawa ke IPD Kulim dan akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal,” katanya.

Menurutnya, polis telah mengenal lebih lima lokasi lain dipercayai menjadi tempat merungkai motosikal.

"Ada di antara lokasi terlibat berada di luar Kulim bagaimanapun serbuan akan tetap dijalankan untuk memastikan suspek terlibat ditahan dan jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara," katanya.

Sinar Harian berkesempatan berjumpa suspek terlibat dan dia menyatakan dia membeli motosikal itu dari seorang pelajar berusia 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini.

Petikan: Sinar Harian

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online