Penyanyi, Mizz Nina dikatakan sudah mengenakan hijab sekembalinya
daripada menunaikan haji bersama suaminya, vokalis kumpulan Hujan, Noh
Salleh, Jumaat lalu.
Perkara itu disahkan pegawai perhubungan awamnya, Joe Saiful kepada Mstar Online.Namun, Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman masih belum
bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai
perubahan imejnya itu.
"Buat masa ini, Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu.
"Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung," katanya.
Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian.
"Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan
apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian
sebelum tampil di khalayak."Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam
karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak dapat
memahami situasinya," kata Joe
Sumber: Sinar Harian
0 Comments:
Post a Comment