Medellin: Kumpulan samseng Colombia dilapor memerangkap kanak-kanak
perempuan semuda 10 tahun untuk perdagangan yang menyaksikan dara
dilelong kepada tauke dadah dan pelacur asing.
Kanak-kanak berkenaan dipilih dari kalangan keluarga yang mendiami
kawasan setinggan atau ‘komunas’ untuk diserahkan kepada kumpulan
penjenayah dengan dijanjikan pakaian cantik, kokain dan bantuan kewangan
untuk keluarga.
Tetapi sebaik mereka memasuki kehidupan kumpulan berkenaan, mereka dijaga seperti barangan yang amat berharga dan diancam bunuh jika enggan bekerjasama.
Di Medellin, tempat asal tauke dadah, Pablos Escobar, yang permintaan
terhadap dara gadis belasan tahun begitu terkenal, tradisi menawarkan
kanak-kanak perempuan kepada tauke dadah bukan sesuatu yang luar biasa.
Pengarah sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Luis Pardo berkata, gadis muda berkenaan diserahkan satu ketua dadah kepada ketua dadah yang lain dan akhirnya mereka menjadi pelacur.
Pihak berkuasa Colombia berkata, mereka tidak mampu untuk campur tangan kerana pengaruh kumpulan penjenayah berkenaan begitu kuat hingga mereka mengenakan cukai sesuka hati untuk menyelesaikan pertelingkahan antara jiran.
Pegawai juga mendakwa sukar untuk menyiasat kerana sebahagian besar
mangsa menyertai perdagangan berkenaan atas kehendak sendiri.
Namun, kebanyakan sukarelawan yang bekerja untuk membantu mangsa berkata, kerajaan tidak menangani masalah itu secara serius. - AFP
Petikan: Harian Metro
0 Comments:
Post a Comment