PULAU PINANG 19 Okt. - Keterujaan dua pelancong ke Bukit Bendera
bertukar menjadi mimpi buruk apabila mereka diserang sakit jantung
selepas terperangkap hampir dua jam dalam kereta api yang terkandas
akibat mengalami kerosakan petang semalam.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 7.30 malam itu, kereta api yang
membawa 200 penumpang dari puncak bukit berkenaan terkandas di
pertengahan jalan mengakibatkan semua penumpang terperangkap.
Akibat sarat dengan penumpang, beberapa orang mengalami sesak nafas termasuk dua pelancong terbabit.
Bagaimanapun, kedua-duanya sempat dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut oleh sepasukan bomba yang tiba memberi bantuan. Kesemua penumpang berjaya diselamatkan pada kira-kira pukul 9.20 malam tadi. - UTUSAN ONLINE
0 Comments:
Post a Comment