Kuala Lumpur: Seorang bilal masjid berusia 17 tahun dikenakan perintah
bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret
Kanak-Kanak, di sini, semalam selepas mengaku bersalah mencuri wang
tabung masjid berjumlah RM181, awal bulan lalu.
Majistret Norliana Ismail turut mengenakan perintah sama ke atas
seorang lagi pesalah juvana yang tidak bekerja dan seorang remaja
berusia 19 tahun masing-masing dengan cagaran RM1,000 serta seorang
penjamin.
Beliau turut mengeluarkan perintah tambahan iaitu kedua-dua remaja bawah umur berkenaan dikehendaki menghadiri bengkel interaktif anjuran Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencuri wang berjumlah RM181
milik Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak, Batu Caves dekat sini, jam
12.57 tengah malam, 5 September lalu.
Sumber: Harian Metro
0 Comments:
Post a Comment