Perhatikan setiap kali anda mengalami batuk,
ketika itu tekak gatal-gatal dan badan terasa panas, seolah bersedia
untuk demam lalu menggunakan jalan pintas mengambil ubat batuk tanpa
perlu berjumpa doktor.
Seperti yang kita tahu, ubat batuk digunakan bertujuan menyembuhkan
batuk berkahak atau sebaliknya. Persoalannya, bagaimana jika ada
sebilangan pihak yang mengambilnya melebihi dos yang diperlukan? Lebih
bahaya pengambilan itu bukan kerana batuk.
Isu ini kerap dikaitkan dengan remaja di mana ingin ‘mencuba’
sesuatu. Sedangkan ia boleh mendatangkan keracunan kepada badan manusia
jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Malahan, ubat batuk juga akan
menimbulkan masalah lain kepada seseorang itu seperti sukar bernafas.
Perlu tahu, kandungan di dalam ubat batuk mengandungi kodein, sejenis dadah penahan sakit. Ia dikesan apabila berubah menjadi morfin dalam tubuh dan bercampur dengan aspirin menghasilkan lebih banyak kesan hebat. Terlebih dos, boleh buat seseorang ketagih.
Perlu tahu, kandungan di dalam ubat batuk mengandungi kodein, sejenis dadah penahan sakit. Ia dikesan apabila berubah menjadi morfin dalam tubuh dan bercampur dengan aspirin menghasilkan lebih banyak kesan hebat. Terlebih dos, boleh buat seseorang ketagih.
Ubat batuk yang mengandungi kodein berlebihan akan memberikan kesan mengantuk serta mengurangkan tahap pemikiran berfikir, rasa pening, mual dan muntah.
Kedua-dua dadah jenis ini berada di bawah Akta Racun 1956. Berdasarkan akta ini, setiap penjual ubat batuk harus mempunyai lesen dan pesakit perlu mendapatkan rawatan daripada pihak hospital.
Golongan yang dikesan terbabit dengan penyalahgunaan ubat batuk terdiri daripada remaja yang bermasalah. Mereka berasa tertekan bila tak dapat memenuhi nafsu merokok dan kurangnya bekalan dadah lalu mendapatkan ubat batuk untuk mengelak dari terus ketagih.
Apabila ketagih, mereka tak sedar mengambil ubat batuk tiruan yang harganya lebih murah dan warna seakan menyerupai air kopi ‘O’. Cara mengenalpasti ubat batuk tiruan, biasanya dimasukkan dalam bekas plastik biasa dan botol minuman ringan. Remaja akan terdedah dengan pengambilan ubat batuk secara berulang setiap hari tanpa memikirkan kesan buruk.
Hal ini membuatkan individu itu memerlukan ubat batuk setiap waktu lantas penyebab ketagihan. Selain, pengambilannya akan memberikan kesan sampingan yang berbahaya seperti kerosakan paru-paru, hati, buah pinggang dan sistem penghadaman.
Bagi mereka yang mengambil ubat batuk tanpa kawalan, akan mengakibatkan berat badan menurun dan berada dalam keadaan tak waras. Golongan ini juga lebih berminat untuk tidur. Ada yang menemui ajal semasa tidur.
Berpesan kepada golongan muda, jangan sesekali bertindak mengambil ubat batuk dalam kuantiti yang banyak kerana kesannya boleh membawa padah dan berisiko untuk terkena penyakit merbahaya. Ingat!
Sumber: Harian Metro
0 Comments:
Post a Comment