Inilah yang dikatakan kasih seorang ibu terhadap anak apabila sambil menunggang basikal pun sanggup menyusu anaknya yang sedang menangis. Kejadian berlaku di China ini kalau difikirkan agak lucu kerana si ibu boleh saja menyusu anaknya di tepi jalan. Akhirnya di ditahan pihak berkuasa kerana keselamatan dirinya, bayinya dan orang lain. Kasih sayang pun, janganlah sehingga membahayakan nyawa.
Kenyataan akhbar Metro:
Beijing: Seorang wanita dari Yuzhou, China
ditahan polis kerana menyusukan anaknya yang berusia 18 bulan sambil
menunggang basikal berenjin.
Anggota polis trafik bertindak menahan wanita berkenaan kerana bimbang dia akan menyebabkan kemalangan.
“Dia membahayakan nyawanya, nyawa anaknya dan pengguna jalan raya lain.
“Kami memberi amaran akan merampas basikalnya jika dia mengulangi perbuatannya itu,” kata jurucakap polis trafik.
Wanita berkenaan bukan ibu pertama ditahan memandu sambil menyusukan anak.
Pada Jun 2008, Catherine Donkers, 29, dituduh membahayakan nyawa anaknya kerana menyusukan bayi perempuannya sambil memandu dari Detroit ke Pittsburgh di lebuh raya Ohio, Amerika Syarikat.
Dia juga disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu.
Pada Februari 2009, polis menahan Genine Compton kerana didapati menyusukan anaknya sambil bercakap di telefon bimbit ketika memandu.
Dia dilapor mendukung anaknya dengan kepala bayi itu disandarkan pada stereng.
Walaupun disaman kerana membahayakan keselamatan anaknya dan melanggar undang-undang, Genine berkata, jika anaknya lapar, ‘dia perlu menyusukannya.’ - Agensi
0 Comments:
Post a Comment